Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Showing posts with label Precious Pot. Show all posts
Showing posts with label Precious Pot. Show all posts

Wednesday, 9 March 2011

Benda-benda cool

Selalu tengok kat Tumblr banyak gambar barang-barang cool. Pastu I pun ada barang-barang cool dan gambar mereka tapi takde Tumblr so how to berlagak, how? Ishk.



Few things I bought for people while travelling.



Lego keychains for close friends (click to enlarge). To be honest, I didn't know what to get for them when I was in Germany, so when we found this Lego shop in the street of Cologne I was like OMG CUTE LEGOS MUST BUY ALL. After paying only I realised Lego is from Denmark and not Germany. Nabil also confirmed this -_-. That's like going to Langkawi and buying pinggan mangkuk Siam as souvenirs.





Adore this so much okay, dog in your ears! Toy Story 3 earphone for my little brother Khairi. Now he just need an MP3 -_-.




Oh and I got this for myself, super duper cool Mickey Ears speaker clip for my laptop. COMEL GILA DAH LAH LAPTOP I KAN MERAH, PASTU ADA SPEAKER BENTUK TELINGA MICKEY. BERDARAH HIDUNG.





That's how you pasang the thing. And the audio is superb dah lah portable (USB) so I can bring it anywhere, because you know, I don't have Tumblr to berlagak.



Ada lagi few more stuff but let's save it for another day (malas nak punggah gambar). OKAY BYE, XXOX.


Monday, 14 February 2011

Mata Air.

Hari ini bukan hari cuti biasa-biasa yang lain, tapi hari ini bersamaan 12 Rabi'ul Awal ialah hari ulangtahun mata air kita. Pencetus revolusi yang terbesar punya!


Jadi janganlah bermalas-malas menganggap hari ini sebagai just another day off dan banyakkan berselawat ke atas Nabi. Hari ini takmo dengar lagu-lagu lain, kita fokus kat mata air kita sahaja :') Patutnya not just todaylah, but it's a start!



Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )






Peruntukan 5minit untuk tengok koleksi selawat ini dan kepentingannya k? Jangan lupa bookmark sekali. Saya dah tengok banyak websites lain tapi ini yang paling clean cut sekali -_-.


Oh sebenarnya nak cakap juga playlist saya lacking lagu-lagu nasyid. Fine, adalah lagu Maher Zain tapi, tak feel sangat. Nak lagu Raihan juga! Because me and my siblings grew up listening to Raihan in the car. Bukanlah mereka selalu tumpang kereta dan berkoir di dalamnya. Tapi mama dan daddy beli kaset Raihan dan tak kami jemu-jemu terbalikkan kaset Side A ke Side B setiap kali habis. Semua lirik hafal. Semua videoklip tengok. Semua ahli kumpulan, sungguh signifikan wajah mereka diminda. Even masa salah seorang daripada mereka meninggalkan kita semua, terasa sungguh. We really love Raihan and their songs.



Jadi misi sekarang nak cari kaset Raihan, letak kat kereta. Sementara itu takpe dengar Youtube dulu dan flashback those days Kekna, me and little Khairi gerak ke kanan ke kiri dalam kereta nyanyi lagu Raihan.




Mula-mula kena dengar lagu first dalam kaset tuh. Lagu Puji-pujian.





Dan sempena birthday our Prophet Muhammad s.a.w





Sebab diorang juga, kami tak sengaja (yelah kan masih kecil) hafal nama 25 rasul sampai sekarang :')





Lagu paling feel sekali! Kalau nyanyi, muka serious woh part awal-awal tuh.





Last but not least, Sesungguhnya. Lagu ini deep. Macam kita cinta, tapi cinta itu tak sampai, tsk tsk.




Let's have em all in our playlist of songs! Salam Maulidur Rasul.


Friday, 11 February 2011

She is Hilarious.


This is Alisya. Looking at this picture you know she's gonna grow up to be one cheeky kid.




You can say my prediction wasn't too far off.



These days she has more modelling gigs than me okay. Photoshoots, newspaper & tv interviews for the new animation series BoboiBoy which she will be lending her voice to Yaya, BoboiBoy's buddy. I really can't wait for that, my baby girl's voice for cute kampung girl with superpowers :')


But that is not exactly the reason why I'm writing this entry. I was browsing through photos on my old laptop and saw couple of interesting screencaptures I made of Alisya's spontaneous Facebook statuses. Aduiii budak nih.







Hahahahaha boleh pulak ada punchline dekat comment yang dia hantar sendiri. Adik siapakah ini?! Adik siapakah yang sungguh hard-sell sehingga menggunakan kek cokelat emak sebagai display picture?!






Kecil-kecil dah pilih team bola sepak. Out of nowhere gila. Pastu siap bagi tips kat kawan-kawan macam mana untuk tidak jadi bodoh sensorang. Hahahaha!






Orang dah offer, demanding pula T_T





Tuesday, 25 January 2011

Friends Celebrate Each Other

Firstly, friends help each other. For instance, when I want to get a great (super discounted kao kao) deal from Milk A Deal, step number one is to gather friends as a force for this deal to happen. I want to wash-cut-blow for only RM30 instead of usual price RM70 at Ivan & Max Studio, I must rely on this force. Come on friends, few more people needed for this deal to happen! Still so blur? Head over to this website and we can berganding bahu help one another, or you can check out other amazing deals (futsal court in Footy Futsal Taman Megah for RM70 per hour instead of RM110 and etc). Alaaaaa it's just like when you go to a store and they have Buy 3 Items Get 10% Discount promo, but you DON'T want to buy 3items, just 2. So you look out any lady who wants to buy the item also (but she only wants 1), then komplot pay together for the discount LOLOLOL. Same thing, just that this one is online.



Okay now only we'll go into how friends celebrate each other. Or in this case, how we celebrated Ahmad Jais turning 22 eee so old, sudahlah the name already so old.




Ride and pictures by Meor. Outfit by The Pop Look.






Hanis Zalikha has signed out.

Monday, 10 January 2011

Cermin Bestfriend

Selalunya kita failed untuk cermin diri kita sendiri. Bukan sebab kita ingat kita dah bagus, tapi hanyalah kerana kita terlupa atau lalai. Dan bila bergaul pun, kawan-kawan paling rapat tidak dijamin akan menegur kesalahan/kelemahan/kealpaan kita kerana:

a) tahap toleransi mereka tinggi
b) susah nak tegur takut kecil hati dan emo
c) tak perlu kot tegur kau, cermin diri kau sendiri, dan kalau tak berubah jugak, kita putus kawan
d) aku dah tegur berapa kali dah tapi kau tak makan saman sebab sebagai Melayu aku tegur berlapik



Susah, kan? Jadi hari ini kita akan main game yang saya cipta. Nama game dia:




What do you need?

1. Laptop, buka laman inibelogsaya.blogspot.com tajuk entri Cermin Bestfriend .

2. Seorang bestfriend. Sama ada dia memang sedia ada bestfriend anda, atau sesiapa yang sanggup main game ini dengan anda, boleh diconsider nak jadikan dia bestfriend mulai sekarang.


How does it work?

1. Ada set soalan yang anda perlu tanyakan satu-persatu terhadap bestfriend atau soon-to-be bestfriend anda.

2. Kalau dia mahu kata ya sebagai jawapan soalan itu, suruh dia guna perkataan 'sikit'.

3.Kalau dia mahu kata tidak, suruh dia guna perkataan 'memang tak'.

4. Take note nombor soalan yang dia jawab 'sikit'.

5. Selepas selesai tanya soalan, giliran dia pula nak tanya soalan kepada anda.

6. Check your result at the end of this game!


Who should play this game?

1. Sesiapa yang nak cermin diri.

2. Sesiapa yang nak address sesuatu kepada bestfriend dia tapi nak langkah yang selamat dan tidak kecilkan hati.




The Questions.



Personaliti.

1. Rasanya aku cakap terlalu banyak tak masa kau tengah cerita?
Ya. Kau pendengar yang teruk lain kali taknak cerita apa-apa kat kau.

2. Bagi kau, aku kalau pinjam duit lambat sangat ke nak bayar?
Ya. Kau masih ada hutang aku. Sila tanya berapa dan langsaikan sekarang.

3. Rasanya selalu sangat tak aku terasa benda kecil?
Ya. Kerja kau asyik nak emo je, kau pikir kau sorang ada perasaan.

4. Agak-agak mulut aku celupar sangat tak?
Ya. Kau memang mulut longkang, kuat maki orang, goodluck cari pasangan hidup.

5. Rasanya aku selalu tak cerita benda terlalu mengarut?
Ya. Benda remeh -temeh pasal pakwe/makwe/kucing sekali sekala laratlah orang nak dengar. Kalau selalu, muntah.

6. Ada tak aku terlalu calculative (berkira) bab2 duit atau apa-apalah?
Ya. Barang orang kau nak, barang kau sendiri kau kedekut tahi hidung masin. Tahi hidung masin kau pun kau kedekut kot.

7. Bila aku cakap telefon, gedik sangat tak?
Ya. Kau cakap telefon ke, luar telepon ke, tepi telefon ke, telefon dalam beg setkan vibrate ke, bottom line cara kau cakap memang gedik. Okay bye.

8. Adakah kau akan kategorikan aku Drama Queen?
Ya. Kau suka besarkan hal sebesar zarah. Kecoh je, orang lain banyak lagi masalah lebih besar, masalah takde laki, takde kaki, takde etc.

9. Adakah aku orang terakhir yang kau akan minta tolong waktu dalam kesusahan?
Ya. Kau tak boleh harap.

10. Mungkinkah aku kadang-kadang terbangga lebih dengan apa yang aku ada? Pasal pasangan hidup ke atau barang-barang aku ke?
Ya. Kau memang jenis show off, orang sekeliling kau tahan je senyum dengar kau berlagak.


Kebersihan & kesihatan.

1. Kau rasa aku patut tukar deodorant yang lagi bagus tak?
Ya.Kau busuk bila berpeluh. Usahakan sesuatu.

2. Kan orang kata kalau gigi rosak akan affect bau nafas kita. Kau rasa aku ada tak gigi rosak?
Ya. Kau kalau cakap ngan aku tolong jauh sikit. Gosoklah gigi 3kali sehari dan banyakkan makan sweets atau chewing gum k?

3. Ada tak kadang-kadang baju aku yang bau kepam?
Ya. Semua baju kau bau kepam.

4. Kau tak selesa ke kalau aku share makanan atau air dengan kau?
Ya. Aku geli share apa-apa dengan orang. Tak suka tukar2 air liur jadi please stop.

5. Bila kulit kepala gatal, aku takut gak ada dandruff. Kau rasa aku ada dandruff tak?
Ya. Aku boleh nampak penuh kat bahu kau dan telinga kau ewwww. Tukar shampoo!



Rambang.

1. Kau rimas ke bila aku pau rokok?
Ya. Bukan rimas lagi dah, aku rasa kita tak patut lepak bersama.

2. Kadang-kadang aku gurau ngan kau, kasar sangat ke?
Ya. Ada yang aku boleh terima, tapi ada yang sensitif dowh. Sila tanya which one yang aku sensitif sekarang.

3. Kalau aku bukan kawan kau, dan kau tak perlu ambil aku masuk dalam team kau, kau rasa kau nak tak ambil orang lain selain aku?
Ya. Kau teamwork hancus. Malas.



Result?

Selesai bertanya dan menjawab, sila tengok nombor soalan mana yang bestfriend anda jawab 'sikit'. Sila highlight petikan untuk check jawapan bawah setiap soalan (ia dalam font putih). Atau (right click dan tekan) 'select all' untuk lihat maksud tersirat (itu yang saya berikan ya, jangan marah bestfriend pula).


Contoh untuk orang yang tak reti
'Select All' atau CTRL + A.

Mula-mula right click, pilih select all. Right click tahu tak? Kat mouse tuh, kalau selalu tekan yang butang kiri, sekarang masanya nak tekan butang kanan also known as right click.


Sekian, macam tulah nak baca font putih. Cuba sekarang.




Sebab saling sayang-menyayangilah anda berdua telah lalui Cermin Bestfriend bersama. Sekarang masa untuk perbaiki diri jadi yang lebih baik! XOXO.

Monday, 6 December 2010

Hanis Zalikha boyfriend? Finally.


Setiap hari memang akan ada keyword ‘Hanis Zalikha boyfriend’. At least 7 carian sehari. Tak puas hati betul, sebab kadang-kadang saya tengok belog lain pun complained pasal benda nih. Asal carian Hanis Zalikha boyfriend sampai kat belog diorang yang takde kena mengena? Jadi meh I nak tarik keyword nih datang belog I sahaja, meh meh. Ha inilah tempat tuan empunya boyfriend yang korang nak cari sangat kan? Ambik keyword yang dicari, nah.



Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Pakwe kitewwwwwwww

Hanis Zalikha boyfriend



Pergh, geli. Bukan geli sebab apehal pakwe I yang entah wujud entah tak pula nak dapat spotlight sekarang?! Takleh jadi takleh takleh. Tapi geli sebab kena type ayat grammatically incorrect itu T_T Hanis Zalikha’s boyfriendlah! Hanis Zalikha’s boyfriend! Bukan Hanis Zalikha boyfriend! Fuh, *tiup juntaian rambut ke dahi*



BTW, topic ini coincidentally sama dengan few suggestions on what to write about, from my darlings kat Facebook tadi. Kalau nak suggest juga you can join the page.

Hanis Zalikha

Always open for suggestions, here!



Hopefully by next entry, dah siap novel cintan untuk korang k (-_-)

Tuesday, 30 November 2010

Weekend Bribery

Bribery is such a cute word with the ugliest meaning. Dan itulah yang kita bakal bincangkan hari ini. Rasuah/sogokan/buang suap/umpan/ganjaran berkepentingan, ialah: Apabila kita memberi sesuatu kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menentukan yes or no on something that is beneficial to us, dan pemberian itu bakal memberi impak atas keputusan itu.


Terbelit-belit definisi sendiri. I'll stick with the dictionary.


Anyhow, malas nak elaborate lebih lanjut sebab yang sebenarnya, nak cerita bagaimana saya umpan adik-adik untuk ke wedding kakak Radmiyana (my junior) di Kampung Sedeng Segamat Johor dalam entri lepas. Yelah wedding saudara sendiri yang dekat pun liat nak pergi. Apatah lagi wedding orang tidak dikenali di negeri hujung benua itu. Memang kena beri ganjaran berkepentingan di sini -___-


If you follow me to the wedding, I'll take you to...




Sagil! Kalau taktau ada apa kat Sagil, boleh tengok yang baju merah sebagai clue. Tapi bukanlah ada coral reef ke apa boleh snorkelling. Clue ni pun tak tepat sangat sebab hello siapa pakai baju selam pergi air terjun?! ...Alisya.




Waktu belum sedar akan pendakian yang harus dibuat, memanglah bergelak tawa manja.





Amaran dari kiri: Jangan buat grafiti, jangan rajin sapu daun dan bakar, jangan jual senapang, jangan main batu Seremban, jangan menoreh getah, jangan tebang balak, jangan ikat leher anjing tak dikenali, jangan pasang kelambu kalau anak tidur.




Adik-adik yang penggeli memang takkan mandi bahagian bawah. Kalau boleh mandi kat mata air tuh, memang itulah port paling Club Med bagi mereka. Jadinya saya usulkan sanggupkah anda mendaki selama 30minit untuk ke kawasan bersih yang pernah saya dan sahabat handai pergi tempoh hari.





Sanggup nampaknya.





Kesanggupan yang berbaloi melihatkan kepada ciptaan alam yang indah di destinasi tujuan.





Buat environmental scanning dulu sebab tak eksklusif lah kalau kawasan yang ramai orang awam. Tak feeling private beach.





Akhirnya tempat yang ada fish spa semulajadi mendapat tempat di hati dan punggung.





Berendam sekejap, terus makan Nasi Lemak yang Mama masak Subuh tadi. Oh dan cheese sausages yang Imran sediakan.




Yang sedang bertapa, marilah join kami makan.




Baiklah. Dengan begitu comel sekali.




Paling suka gambar ini yang saya tangkap, sebab cute ibu bapa dating di atas, anak di bawah nampak macam family tree.




Family tree.




Ini adalah moment yang akan tertattoo dalam hati sebab masa ni kitorang adik-beradik tengah tunggu ikan datang nak makan dirt dan kulit mati dekat kaki. Untuk tidak takutkan ikan kami diam lama sangat sambil senyum-senyum pandang each other. Penyatuan hati dan minda yang sangat undescribable itu berlarutan 15minit :')




Teruja extra.


Sebok nak posing gak padahal tengah ngadap tempat lain.




Tiara Jacquelina kalau nak buat movie yang ada orang asli bolehlah consider diorang nih.



Tengok kaki kitorang macam itik. Muka pun dah boring-boring lama sangat dibiar berendam. Daddy ajak balik sebab hari dah nak gelap.





Menuruni gunung Ledang. Anak-anak yang stamina kuat senantiasa sedikit (2-3 batu gak ah) di hadapan.




Momentum kami terganggu apabila terpaksa toleh belakang selalu untuk check dua warga emas dapat catch up ke tak.







Kami sepakat untuk bersetuju, it was one of the perfect weekends we've had together as a family ♥