Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Showing posts with label Hooray Holiday. Show all posts
Showing posts with label Hooray Holiday. Show all posts

Wednesday, 9 March 2011

Benda-benda cool

Selalu tengok kat Tumblr banyak gambar barang-barang cool. Pastu I pun ada barang-barang cool dan gambar mereka tapi takde Tumblr so how to berlagak, how? Ishk.



Few things I bought for people while travelling.



Lego keychains for close friends (click to enlarge). To be honest, I didn't know what to get for them when I was in Germany, so when we found this Lego shop in the street of Cologne I was like OMG CUTE LEGOS MUST BUY ALL. After paying only I realised Lego is from Denmark and not Germany. Nabil also confirmed this -_-. That's like going to Langkawi and buying pinggan mangkuk Siam as souvenirs.





Adore this so much okay, dog in your ears! Toy Story 3 earphone for my little brother Khairi. Now he just need an MP3 -_-.




Oh and I got this for myself, super duper cool Mickey Ears speaker clip for my laptop. COMEL GILA DAH LAH LAPTOP I KAN MERAH, PASTU ADA SPEAKER BENTUK TELINGA MICKEY. BERDARAH HIDUNG.





That's how you pasang the thing. And the audio is superb dah lah portable (USB) so I can bring it anywhere, because you know, I don't have Tumblr to berlagak.



Ada lagi few more stuff but let's save it for another day (malas nak punggah gambar). OKAY BYE, XXOX.


Saturday, 12 February 2011

Around Rotterdam with celebrity DJ.

Nabil have been bragging about his stay in Holland till I miss Holland so much! Hate you with vengeance, man. Speaking of man, guess who is no longer a boy?



Happy Birthday Best Boy Friend! Love you long time! We were in Ayah James car, to pick up Falinda (his celebrity DJ daughter) from work, so we can jalan-jalan around Rotterdam. Rotterdam is the largest port in Europe and the mayor is a Moslem. Aboutaleb nama beliau. So kalau pergi supermarket dia mesti ada halal section semua :')





Me and Falinda as talents for Head & Shoulders TVC.





Stopping for something to snack on. Local delight which tasted like charkoi celup icing sugar. Charkoi celup icing sugar = A donut? Not quitelah but I'm not very good at describing food, you see.




Eat it when it's still hot! Yummy, especially in the cold weather.






What is this place?





More yummy food! I can get used to this. My cute skirt? From thepoplook.com !





Small hot cakes with melting butter and icing sugar.




Smelled and tasted so good okay, can you see it from the glow on my face?









We walked around to shop for some more souvenirs for the people back home. So goodlooking kan this original varsity jacket. The sleeves are made of leather and it's like RM800 sehelai T_T





The World Trade Centre.





Me making a call to Daddy. "Dad I'm in Holland now, going back to Germany tomorrow. Faster decide on which jersey you want Holland or Germany?" "Germanylah. Ganaih sikit."





After that Falinda took us for dinner. Went around looking for halal place.


When in doubt, eat sushi.










Nabil's first time. I made him eat it jugak no matter what. Later when you're back in Malaysia we can go eat sushi together hik hik.





Pro.





With celebrity DJ, DJ Mixturess (her stage name). Thanks Falinda, we really had fun!!! Come to Malaysia and be my guest of honour pula k?



***


Anyway, sedar tak dari entry lepas, kita dah tukar warna rambut kepada warna schokelat gelap? Takyah komen, jawab sedar ke tak sedar je.


Saja cakap sebab baru terperasan Milk A Deal ada deal dari Ivan and Max Studio Salon dekat Damansara Perdana. Murah gilo RM88, instead of RM260 for Color, Treatment, Wash & Blow . Tapi deal ini tinggal lagi 2 hari sahaja. Today and tomorrow kalau nak purchase. Jadi lihat rambut anda, adakah ia memerlukannya? Bertindak segera.

Thursday, 20 January 2011

Hey Bimbo, Here's A Map

I just spent a good one hour on this, because I care.
Map on some European Countries.


Baiklah ini adalah sebahagian daripada negara-negara Eropah (peta negara Eropah). Kenapa saya decide nak peruntukkan satu jam dekat MS Paint untuk lukis benda alah ini adalah kerana saya tahu ramai yang tak reti bezakan sesuatu nama tempat itu adalah negara atau bandar sebenarnya. Waktu saya berada di sana, saya tweeted bercakap tentang Amsterdam dan ada yang ingat Amsterdam adalah negara, walhal ia sebuah bandar di dalam Holland. Holland pula nama lainnya ialah Netherland. Bukan Holland sahaja ada nama lain, negara jirannya Germany juga ada nama lain iaitu Deutschland (DOITCHLEN).




Banyak fakta-fakta penting yang kita tak diajar dari kecil, jadi saya ambil peluang ini untuk ajar siapa yang tak tahu. Sebab sejujurnya, dulu saya pun tak tahu kedudukan-kedudukan negara ini semua. Waktu tunggu nak bertolak ke airport di Frankfurt, saya duduk dalam bilik Azizi dan tengok World Map dia yang berthumback di tempat-tempat yang dia telah lawati. Saya hafal sebiji-sebiji di mana posisi negara-negara yang saya anggap popular. Sebab Austria semua jenuh jugalah nak hafal kan? Jadi hafal yang popular sahaja buat masa sekarang.




Map saya sediakan di atas telah diringkaskan supaya senang anda nak dapatkan mental image apabila seseorang sedang bercerita tentang suatu negara anda belum pernah jejaki. Nama negara saya taipkan huruf besar, dan nama bandar di dalamnya saya taipkan huruf kecil. Bandar yang saya pilih tidak semestinya ibu negara kepada negara tersebut. Betul cakap orang, bila nak beri ilmu pada orang, kita juga akan dapat ilmu. Saya cuba untuk warnakan peta itu dekat dengan warna bendera negara masing-masing. Kini saya tahu bendera German dan Belgium sama warna, cuma corak horizontal vertical yang lain. Italy tidak berbendera merah jambu, tapi warna merah, Germany dah ambil, dan merah jambu sangat comel untuk Milan hew hew hew. LAGI INFO TAMBAHAN: United Kingdom adalah sovereign state yang dalamnya ada 4 negara iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland.




Itu sahaja dari saya untuk malam ini. Sebab saya taknak lagi orang pikir Paris dan Milan itu bersebelahan hanya kerana ia sering di sebut dalam ayat yang sama atas dasar fesyen. Saya tidak watermark map itu sebab, ia ilmu ialah kepunyaan semua, dan tanpa watermark harap ia lebih tersebar luas. Kalau ada salah dan silap sila tunjukkan, nanti saya buat velog mintak maaf.

Tuesday, 18 January 2011

Sunday Laughs

I was uploading photos from my Germany Holland trip on my Facebook (you can see them here), when Nabil pointed out how long Vincent has been waiting on my friend request list. LOL Vincent I'm sorry! Once, I approved him I went to see his profile and saw what his friend posted on his wall. I ROFLMAOed.




Hahahaha don't know if you get it, but it hit me real good. Here I am thinking Vincent is already so hilarious, and to see his friends like that.. gelak sampai nangis.


******

Okay anyway, following the comments I get on my FB public page, I always post random tweets on my Twitter. I love doing that because I get all sort of feedbacks, making it even more hilarious. SIGH SIGH I LOVE MY FOLLOWERS. So after posting all the photos up, I got one random comment regarding my photo album's name.


Screencap edited it according to chronological tweet order.



Not sure if you could understand this entry but it's just to remind myself where my abs came from.

Saturday, 15 January 2011

The House Party

Semuanya bermula dari..



*Kring kring*
Nabil (GER): Hello? Dengar tak?
Hanis (MAS): Dengar. Tapi leggings. Eh, lagging.
Nabil (GER): Memang lagging sikit.
Hanis (MAS): Sekarang kat sana pukul berapa? *Soalan lazim kepada orang overseas*
Nabil (GER): Pukul 7.
Hanis (MAS): OKAY GUESS WHAT?! I'M COMING TO VISIT YOU IN DECEMBAAHHHHH!




Lepas tuh dah confirm flight semua, Nabil terus rancang buat house party atas kedatangan I dan siap buat Facebook Invite. Terus I bingit, ingat ini sesi beramah mesra promote album ke apa nak ada Facebook Invite -_-


The date house party yang Nabil pilih adalah selepas kami pulang dari Holland. Exhausted jugalah, tapi dah orang buat party untuk kitewwwwwwwww kan.







Ayuh pergi cari kedai kebab untuk sarapan dan seterusnya beli barang dapur!



The Breakfast




Memang delicious. Sesudah perut terisi, jiwa gembira, mari pergi kedai daging dan kedai rempah! Hasrat di hati mahu cari paru lembu sebab saya nak masak Nasi Lemak Paru Sambal!





The Grocery



Lungen, di mana kau lungennnn? Bongok gila tak jual lungen pastu suruh pergi kedai daging halal yang lagi satu, bila dah terjah kedai yang itu pula kata lungen (paru lembu) itu haram dijual. JANGAN PERMAINKAN PERASAAN CHEF HANIS BOLEH TAK?!




The Rewang




Darwin orang suruh posing buat-buat busy, dia pose nak cekik Fizz. Rumitha, makan. Hanis, pegang toilet roll.





Budak lelaki masa sembelih ayam, mulut bising gila. Dah lah lawak, buat bystanders terkekeh.



Azlan take over cili yang I dah blend untuk buat Sambal Non-existent Paru. Thanks Azlan!





Desserts semua enak menjilat jari. Bagus.




Melepak sebab yang lain dah take over masak (diorang datang lambat sikit lepas kitorang dah beli groceries and rewang). Dah kecewa takde lungen, nak masak Nasi Lemak guna beras Basmathi tak reti sukat santan, terus Nabil tak bagi duduk dapur sebab dia tengok muka letih emo.







Apa kata kita...




Beria.


Haha GG comel! Dah lapar lettewww -_-




Dah habis semua bergilir berduet lagu Broery, lagu Ejad, lagu Ari Lasso, lagu Zorro bagai, kitorang pakat berkumpul tutup lampu tengok cerita dokumentari Emily Rose. 5minit lepas atuk dokumentari tuh membebel apa tah, I nyenyak. Diorang kata tak takut langsung cerita tuh, part yang terkejut cuma bila video tuh dah habis, window bertukar pastu kuat gila speaker lagu Senario Zapin Usik-Mengusik bersambung dari yang kitorang karaoke tadi. Macam kambing.



Inilah sleepover terbesar yang paling best ever! Orang-orang best! Makanan best! Agenda best! I was so happy and content, I felt like I taknak malam tuh berakhir (eceh pastu kau tidur dulu masa tengok Emily Rose).



Nabil, Siti, Darwin, Azizi (thanks for the pics!), Ameerul Hakeem, Muadz, Rumitha, Nurazlan, Zhafran, Laili, Ellie, Fuad Ahmad, Nuzul, Syafiq, Ciko, Peja dan Hakim terima kasih untuk malam itu. Malam dengan strangers (kecuali Nabil) yang paling menyeronokkan dalam sejarah hidup 20tahun I *nangis*.