Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Showing posts with label Piala Sukaneka. Show all posts
Showing posts with label Piala Sukaneka. Show all posts

Sunday, 6 March 2011

Gaduh dengan Mama

Saya tengah bersiap nak keluar makan dengan siapa tah lalu tiba-tiba Mama cakap dia baru jumpa Acha Septriasa beberapa hari lepas. Alaaaa Acha Septriasa! Alaaaa yang dalam cerita Heart yang lembik sakit-sakit main hujan tuhhh! Anyway, lepas tuh gaduh pasal ketinggian dia.



Mama: Hanis, Mama baru lepas jumpa Acha Sep apa tuh Sep..

Hanis: Septriasa.

Mama: Ha! Acha Sepriasa!

Hanis: Septriasa.

Mama: Apa-apalah. Jumpa dia kat KLIA hari tuh dalam lift. Tinggi dia!

Hanis: What the, mana ada tinggi.

Mama: Tinggilah! Tinggi sikit dari Mama!

Hanis: Memang tak. Hanis pun pernah jumpa dia kat Topshop Pavilion. Kecik je orang dia. Dia cantik tak?

Mama: Cantik. Tinggi.

Hanis: Ha cantik memang. Kalau tinggi, MEMANG TAK.

Mama: Yaaaaaaa dia tinggi. Tanya Kekna, Kekna pun adaaaaaaa!

Hanis: Korang salah orang. Tak pun dia pakai heels tinggi godang.

Kekna: A ah lah Mama, maybe dia pakai heels.

Mama: Eleh Hanis bukannya reti agak ketinggian orang pun.

Hanis: Asal plak? Reti kot.

Mama: Tengok Piala Malaysia pun boleh kata Khairul Fahmi Che Mat tinggi.








Hanis: Ok.

Wednesday, 2 March 2011

What Makes an Effective Commercial?

Hello, just to share this amazing TV ad from the U.S that I keep humming its song and asking people around me to see. How did I come across this commercial that is not even showing in our country? Well, controversy creates attention. In this tv ad, they transformed Melissa Molinaro to look exactly like Kim Kardashian, and that move, my friend, has succesfully sparked web buzz. Cheaper than the real thing, and generates curiousity, brilliant!




Apart from that, the catchy song. Don't you just love commercials with songs specifically created for the brand? It leaves you humming without even realising and ka-ching you've strategically placed your brand in my mind; Oligo Coco and Gedung Pakaian Hari-Hari, congratulations. Marilah pergi, hari-hari! *dances*




Turn anything into a musical and you'll get yourself audiences. Why do you think Glee is such a success? Everybody loves musical numbers! No? Eleh, you love Hotel Mania and that Boh Tea tv ad.




Bad (or heavily exaggerated) commercial is not a failed commercial. I remember sitting in a car with Alisya and Hafiiz when they were discussing the worst commercials they have ever seen. Few brands were uttered and I told them, if you remember the brand; truth is, they've made it.




Tactical product placement/endorsement is also one of the main factor to determine whether a commercial turns me on or off. Sometimes you see fair people endorsing skin lightening beauty product and you can just shake your head in disbelief. In this Old Navy jeans commercial, Melissa kept changing jeans and looked amazing in each one of them. I don't think Kim Kardashian could ever pull it off with her petite figure.




Enjoy! Cantik jeans masa kena saman!

Wednesday, 16 February 2011

I tertinggal selipar kat luar

My dad kata I macam orang kampung first time datang hotel. Dia suruh tangkap gambar.




Padahal orang kampung first time datang hotel pun tahu behave T_T

Monday, 7 February 2011

Still got the blues for yewwww.

Twitter avatar, out of nowhere. Sorrylah Alisya was with the camera at that time and we were bored.



Sometimes when you have too much to say, you ended up not saying anything at all. Do you experience that a lot? I am experiencing it, right now, with all these Holland pictures (2 more folders to go) omggg deepest apology. Why why why am I like this? Last time when I was so occupied with other things, at the end of the day I would still make time to write. Make time? Making watches and clocks lah now? I meant, FIND time to write.




But now, once I've finished my work I straight away go to bed. Eh STRAIGHT AWAY, really? Not really, but you get my point. All I want now is OMG MELLE IS ONLINE ON YM, GOTTA GO NOW. MAKING TIME FOR MY BESTFRIEND. Make time? Making watches and clocks lah nowww??


Tuesday, 18 January 2011

Sunday Laughs

I was uploading photos from my Germany Holland trip on my Facebook (you can see them here), when Nabil pointed out how long Vincent has been waiting on my friend request list. LOL Vincent I'm sorry! Once, I approved him I went to see his profile and saw what his friend posted on his wall. I ROFLMAOed.




Hahahaha don't know if you get it, but it hit me real good. Here I am thinking Vincent is already so hilarious, and to see his friends like that.. gelak sampai nangis.


******

Okay anyway, following the comments I get on my FB public page, I always post random tweets on my Twitter. I love doing that because I get all sort of feedbacks, making it even more hilarious. SIGH SIGH I LOVE MY FOLLOWERS. So after posting all the photos up, I got one random comment regarding my photo album's name.


Screencap edited it according to chronological tweet order.



Not sure if you could understand this entry but it's just to remind myself where my abs came from.

Friday, 31 December 2010

I couldn't stop talking.



The whole journey back home from KLIA (my whole family picked me up), I yapped away like nobody's business. LOL SO MANY THINGS TO TELL! Just to let you know I've arrived safely alhamdulillah and is trying to stay awake to fight jetlag. School is starting on Monday, gotta get ready for that too. Need to unpack, so that I can pack o.0



2011 is here, more life goals yeay! And looking back, I wouldn't change a thing about 2010! Might go down memory lane 2010 with you guys on this site soon, stay tuned. Anyone ended their 2010 with a Senarai Kesyukuran? Lemme see!!!



From yours truly,
with heart & soul.

Friday, 17 December 2010

Happy Saturday!

Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
-Eleanor Roosevelt.





What does your blog discuss?

Friday, 10 December 2010

Hanis Zalikha's Puppy Love

Sedutan minggu lalu..

Saja kan nak buat macam slot Akasia siap ada sedutan minggu lalu segala. Baiklah mari sambung entri Cinta Monyet. Tapi sekarang panggil Puppy Love pula. Biasalah panggilan yang keji-keji monyet anjing nih semua harus digunakan untuk menggambarkan betapa bangangnya orang yang bercinta semasa belum matang.



Setelah kami berdua sama kelas, masing-masing masih jual mahal sepanjang minggu. Tidak kisah langsung satu sama lain, like whatever major loserrrrrr! Satu pagi, guru kelas kami entah mimpi apa malam sebelumnya, tiba-tiba cadang nak cat kelas warna hijau limau nipis. Dalam hati semua kata "What the", tapi yang terpacul di mulut ialah "Bila cikgu? Bila??". Hari ditetapkan ialah hujung minggu, siapa yang nak volunteer boleh datang. Nak ke volunteer? Nak ke? Dapat plak masa tuh bestfriend dengan penolong ketua kelas. Kobar-kobar dia nak cat kelas, tak datang tak bestfriend plak kang. Fine, datanglah juga. Tup tup mamat tuh pun datang, eh dalam pada samseng habis muka kau, aktiviti gotong-royong keceriaan kelas nak pulak kau terlibat, bisik hati kecilku.



Selesai cat kelas semua, takde apa yang menarik pun. Takde progres menarik apa pun antara kami. Kelas jelah yang menarik sikit nampak cam Dipsy.



Dipsy.



Satu petang tuh ada cheer practice untuk golongan cheerleaders (duh), pergh memang gedik siot apehal masuk cheer squad pulak dah ni elok2 dari nerd Yo Soy Betty La Fae isk sedarlah weh kau pakai braces, nak gak masuk cheerleading tegah monolog dalamanku yang bercanggah dengan kehendak diri.



Diorang pakat nak celebrate birthday siapa entah (lupa) geng-geng diorang jugalah lepas cheer practice. Tak, jangan ingat celebrate ada makanan ada hadiah semua. Itu ilusi dalam kaca televisyen je, celebrate birthday kalau guna duit poket sendiri bermaksud beli tepung nak mendajal orang. Budaya apakah yang sudah aku jebakkan diri ini? Ramai juga yang tiba lelaki dan perempuan termasuk mamat tuh EH KAU NIH SEMUA TEMPAT YANG AKU ADA, KAU TAKYAH ADA BOLEH TAK? Oh tak boleh, satu sekolah dan kelas rupanya kita. Bila fiesta baling2 tepung dan siram air dari botol bermula, saya hairan woi siapa birthday girl sebenarnya nih? Asal excited lebih nak dajal I?



Sesi kejar-mengejar yang menggelikan bulu ketiak antara kami pun bermula. Sementelaah cuba melarikan diri, dari ekor mata saya dah aim spot yang patut saya pura-pura tuju sebab nampak ada salur getah kat situ. Sampai je kami di situ saya buka air paip terus siraaaaAAAAMMM! Best feeling in the world ialah tengok lelaki muka samseng rambut basah lenjun macam kucing kena hujan kuyup je bulu kah kah kah! Oh nak buat hal dengan budak baru innocent muka bercahaya ya?! Dah berhenti babak hindustan kami, saya pusing kepala paip dan air pun berhenti mengalir. Terel jugak aku nih, pikirku sebelum berlalu pergi. Eceh.



Rupanya dari sebelum cat kelas lagi dia sudah jatuh cinta sama gua lah bro. Cat kelas tuh gimik sahaja katanya. Sambungnya lagi, seumur hidup dia memang tak pernah kisah aktiviti kelas yang merapatkan ummah. Bila nak rapatkan diri dengan ummah yang satu ni je (ehem) baru dia usaha cari sikap terpuji dalam diri seperti bertanggungjawab & rajin untuk bangun pagi hari Sabtu demi cat kelas.



Dari dulu memang suka guna nama penuh, guna dua-dua Hanis dan juga Zalikha. Even name tag pun nak nama penuh tapi tak dapat. Yang kat atas ini pun kena marah sebab nak nama penuh tapi tak cukup space. Sanggup buang huruf vokal.
Saya buang huruf vokal, Halim.




Bersambung...

Thursday, 9 December 2010

According to Google, I am 2010 Fastest Rising People?!


Dah berapa kali refresh page nih. Dah berapa kali kelip mata, gosok mata, basuh mata. Dah berapa kali tampar diri sendiri, sampai merah-merah pipi macam punggung Shin Chan. Seriously? Seriously?!



OhBulan! baru malam tadi tweeted to tell me that I am in the list of Fastest Rising People-Google Top Searches Malaysia 2010. I read it then macam tak percaya so I checked out the OhBulan! link, and another link and another link until it lead me to the Official Google Zeitgeist . Whaaaat?! *slap Shin Chan's bottom again*


Kalau korang taktau apa itu Google Zeitgeist, ia sebenarnya analisis yang Google buat setiap akhir tahun, untuk keluarkan statistik carian terbanyak di sesebuah negara. Semua carian dia akan kategorikan kepada orang, sukan, berita dan sebagainya. Saya tergolong dalam carian 'orang' terbanyak! Google Malaysia's Fastest Rising People *pengsan*







Apakah?! Saya Top 6 in Fastest Rising People list?! Still overwhelmed yang teramat sangat!! Dahlah kalahkan si gay Adam Lambert dan isteri Dato K. Dahlah duduk sebelah Lee Min Ho my baby! Okay kalah kepada para Illuminati, akur. Kalah kepada Luna Maya, tiada ulasan.



Please excuse my excitement, Ya Allah this is surreal! Syukur! Satu hari kalau ada umur yang panjang, bila dah takde siapa search, dah takde siapa hairan, dah kerepot, dah tua ganyut, bolehlah cerita kat cucu.. "dulu nenek masa muda-mudi bajet hot, ramai orang cari nenek kat Google"





Big thanks to all of you, my precious searchers and viewers.
Source: Google Zeitgeist.

Monday, 6 December 2010

Hanis Zalikha boyfriend? Finally.


Setiap hari memang akan ada keyword ‘Hanis Zalikha boyfriend’. At least 7 carian sehari. Tak puas hati betul, sebab kadang-kadang saya tengok belog lain pun complained pasal benda nih. Asal carian Hanis Zalikha boyfriend sampai kat belog diorang yang takde kena mengena? Jadi meh I nak tarik keyword nih datang belog I sahaja, meh meh. Ha inilah tempat tuan empunya boyfriend yang korang nak cari sangat kan? Ambik keyword yang dicari, nah.



Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Hanis Zalikha boyfriend

Pakwe kitewwwwwwww

Hanis Zalikha boyfriend



Pergh, geli. Bukan geli sebab apehal pakwe I yang entah wujud entah tak pula nak dapat spotlight sekarang?! Takleh jadi takleh takleh. Tapi geli sebab kena type ayat grammatically incorrect itu T_T Hanis Zalikha’s boyfriendlah! Hanis Zalikha’s boyfriend! Bukan Hanis Zalikha boyfriend! Fuh, *tiup juntaian rambut ke dahi*



BTW, topic ini coincidentally sama dengan few suggestions on what to write about, from my darlings kat Facebook tadi. Kalau nak suggest juga you can join the page.

Hanis Zalikha

Always open for suggestions, here!



Hopefully by next entry, dah siap novel cintan untuk korang k (-_-)

Tuesday, 16 November 2010

Lembu comel oh.

Oh! It's Raya!!! I want to take this opportunity to wish all of you a joyful Raya Eid Mubarak! I'd love to share more meaningful religious stuff, but the last time I did that.. er okay have fun!

LOL.

Thursday, 28 October 2010

Relatable Occurrences


Hahahahaha I baru send out these tweets semalam ramai yang boleh relate dengan ini. Ada yang reply kembang kempis bila kawan cakap bapa muka macam Halim Othman, muka macam Hishamuddin, etc hahahaha. Semua bangga kan masa kecil-kecil kat sekolah bila ibu bapa datang. As for me, setiap kali lepas call Daddy suruh datang/ambil, mesti doa kepada Tuhan, harap-harap Daddy pakai baju kerja and bukan baju rumah. LOL!




Bila pikir balik, sebenarnya banyak perihal orang sekeliling yang sangat orang ramai boleh relate to. These are some of mine, relatable occurrences:



1. Pergi shopping jalan dengan emak dan jurujual tanya ini emak ke kakak? Hek eleh agak2 sket, kalau betul kau rasa tu kakak kau takdenya nak tanya. Tak pernah aku jalan dengan Kekna, ada nak tanya ini emak ke kakak? Okay memang takkan tanya sebab I nampak lagi tua dari Kekna, but that's not the point! Hahahahaha. Point is, KAU TAKYAH LAH POYO NAK LAKU KAN BARANG SAMPAI CAMTU. CAKAP MAK I NAMPAK MUDA JE DIA DAH KONFIRM BELI DAH. KAH KAH KAH.



2. Lecturer yang suka bercerita. Itu takpe lagi. Tapi ada hari yang dia akan cerita benda yang sama dia pernah cerita macam kita belum pernah dengar je cerita dia tuh. Adeh, semua pelajar stok pandang sesama sendiri nak hint suruh cakap weh dia dah ceritalah yang ni gi ah bagitau dia, taknak ah kau lah bagitau dia yang dia dah citer mende nih, ah asal aku, kau ah kau kan selalu macam rapat ngan dia, weh memang tak, kau ahh pergi oh okay dia dah habis cerita. Fuh cepat fake our expressions macam baru first time dengar cerita dia, waaaaaaaaaaaaaaah XD Hahahahahahaha. Kalau lecturer suka bercerita, kami sebenarnya appreciate kalau setiap kali nak mulakan cerita, sila cakap "Saya pernah cerita tak pasal.." untuk tidak menyusahkan kami cucuk-cucuk satu sama lain suruh beranikan diri bagitau.




3. Melayan orang tua. Orang tua semua suka mengomel, untuk jadi orang muda cemerlang terpaksalah layan dan cuba sebaik mungkin nak ikhlaskan hati melayan. Tapi kadang-kadang dia baru je cerita saya dah space out. Awememetuhabedumbedum *mumbling tua*. Apa benda dia cakap ni? Takpelah reply jelah: Oh ahh yer *angguk2*. Lepas beberapa ketika baru betul-betul masuk dalam otak apa yang dia cerita. Sabar jelah. Kalau dua tiga je orang tua macam tuh dalam hidup takpe, ini semua orang tua jumpa kat hospital, pejabat pos, bangunan KWSP semua sama. Tapi kalau taknak layan, nanti terpiker kang aku tua aku cakap orang tak layan kang sedih gila. So teruskan ohhh ahh yerr *angguk2*. Murni betul perangai.




4. Dapat pasangan yang kawan tak suka, lepas dah break baru diorang "Ha tulahhh aku dah lama nak cakap dengan kau yang kau sebenarnya deserve lagi baik, dia tuh memang ah.. aku tengok macam tak boleh pakai/ kedekut/ tak handsome/ tak lawak langsung/ tak reti jaga kau /tak matang /kuat jeles susah kita nak keluar etc". Asal kau baru nak cakap sekarang?! Habis tuh kalau aku tak break, kau nak biar jelah aku tunang kahwin dengan orang macam tuh?! Teruk.. teruk.. *geleng kepala*. Tapi sebenarnya kalau cinta, kau cakaplah apa, cinta jugak kah kah kah buta mata rabak T_T




5. Jumpa kawan kepada emak/ makcik yang suka kita pastu nak jodohkan dengan anak lelaki dia. Setiap kali jumpa jadi malu-malu padahal tak suka pun anak dia. Masa belum pernah nampak mungkin suka. LOLOLOLOLOL.




6. Kalau nampak polis tepi jalan tiba-tiba weh mana kad matrik aku eh apa bodoh.




7. Kalau nampak polis tepi jalan, manusia paling skema tak ada satu kesalahan pun akan rasa cuak. Yang duduk sebelah takde lesen *ehem* ini pun cuak. Apa ni, pakai guna-guna ke apa semua polis ni? Paling tak boleh belah, kadang-kadang bukan polis pun, mamat mana tah naik motor pakai jacket kuning neon tuh. Tak pun JKR tengah angkat kon. Penat je jantung berhenti berdentum. Rasa tertipu siut T_T




8. Pergi klinik, dapat doktor miang.




9. Jumpa orang Nepal, nak berkomunikasi dengan dia, kita pun berpenat-lelah hempas pulas cakap bahasa baku yang Anwar Ibrahim suruh guna, pastu dia buat muka blur, kita pun blur, OH DIA RETI ENGLISH RUPANYA, OKAY OKAY.. *start speaking speakang*.



Dah tak boleh pikir lagi sebab lapar. Kalau ada yang korang rasa boleh tambah, saya mahu baca!

Change

Ada rasa suci baru lepas bertayammum tak bila tiba-tiba masuk belog kita, putih melepak semacam. Kalau owner dia putih melepak mesti korang lagi suka sebenarnya dasar memandang rupa punya manusia.


Letak emosi ke tepi, akhirnya, akhirnya, akhirnyaaa.. Tukar juga layout belog ini supaya tak kelihatan tercicir dan harus dikutip oleh rakan-rakan yang jauh dekat simpang depan sana yang buat muka posh padahal cuma sebab layout belog diorang lagi gempak bergabung meletupz.


Awalnya biasalah, manusia mana suka perubahan. Kalau suruh berubah susah betul. Kalau dah biasa satu sistem, tiba-tiba kena ubah sistem tuh melenting terus meleret lentingan kat belog masing-masing. Kotak cadangan taknak isi. Komplen nak banyak.


Tapi ada jugalah perubahan yang manusia suka sebenarnya. Kalau miskin jadi kaya. Kalau bodoh jadi pandai sebab makan ikan share dengan kucing peliharaan. Kalau lendut pakai botox. Macam belog ini, taktau lah perubahan facelift yang manusia suka ke tak. Ke macam botox gone wrong batang hidung gajah, who knows, taste orang lain-lain.


Sebab tuh liaaaat sangat nak godek feature Template by Blogger. Sebab tak suka kalau orang yang singgah sini selalu rasa lain, giving different vibes and feel. Feel tuh yang penting. Feel tuh feeel *angkat-angkat bahu sambil tangan buat macam nak suap nasi yang selalu orang kena interview Buletin Utama buat*


DAN SEBAB MANUSIA TAK SUKA PERUBAHAN JUGALAH, DESIGN PALING SIMPLE PALING BORING PALING DEKAT DENGAN DESIGN LAMA YANG I PILIH. Ke sebab takde taste, and secretly boring as a person? Could be.

Tuesday, 19 October 2010

I JUST HAVE TO HAVE TO HAVE TO

Share with you this video. It reminded me of my little brother Hafiiz when he was smaller! If you have smaller siblings that love to dance and good at it, I'm sure you can relate to what I'm feeling upon watching this! Sigh, should have put Hafiiz's dance on record. Do enjoy!

Monday, 4 October 2010

I want to be someplace else

Baiklah I tahu my readers, mereka ada dua type, satu yang baca apa I tulis secara laju-laju (sebab I memang cakap laju and type laju so I rasa diorang get the tone and selalunya everything is jokingly said so bila baca laju-laju baru you get the idea) and bila baca statement tadi pun diorang baca laju juga and satu.. dua.. tiga.. now it hits them oh perempuan ini tengah cakap pasal aku, dia mengkategorikan aku! Moving on kepada kategori kedua, yang datang belog ini suka tengok gambar je, macam ah malas ah nak baca perempuan ini membebel, aku rasa dia tulis apa dia paham sendiri je, aku kat sini nak tengok gambar and baca caption, sebab caption dia tak sepening karangan dia. Whatever it is, whoever you are, whichever catogery you fall into, I love you because you're my reader, you read me, you allocate some time in your day/week to be here, for whatever reason you may have, you're here so I thank you.


But now it's not the time to do any of those, baca laju-laju or tengok caption gambar je. Sebab sekarang saya nak cakap benda yang saya akan type slow-slow kerana berbicara dari hati ecewah. Ha tengok-tengok nak berbicara dari hati pun sempat selit ecewah kerana mengayamkan diri sendiri. Bila nak serious ni, okay sekarang serious.


Type dengan muka serious. Vavi kalau korang tengok muka serious I mesti gelak. EH DAH DIAM. Hish.


Fuh. Tak jadi nak berbicara dari hati. Lain masa lah sebab tengah yellow mellow tak sihat so konon nak type isi hati pastu merepek lagi banyak dari menyentuh hati pastu tak jadi pastu kenapa tak baca buku bukan ke minggu ini banyak gila kerja pastu baru sedar diri pastu nak end karangan takde point sekarang juga.


Thursday, 29 July 2010

Emak Youtube


Mohd Khairuddin, sudahkah anda sedar video ini untuk anda oleh emak anda? Tipulah kalau belum sedar, video views dah cecah 30 ribu. Sila mengaku sekarang. Takkan emak comel muka macam Whoopi Goldberg taknak mengaku.


Makcik ni mata tak pandang kamera mesti dah tulis apa nak cakap kat Microsoft Word. Tak pun Word Pad. Haha ingat ada time limit macam call anak dekat Diari AF ke makcik? Takde siapa halang makcik cakap lama-lama.


Waktu minit ke 0.28 hingga 0.30 gaya makcik ni sebiji gaya my mom hahahaha lawak. TAPI INI TAK BERMAKNA MAMA BOLEH BUAT CHANNEL YOUTUBE PASTU POST VIDEO BANYAK-BANYAK UNTUK BAGI MESEJ KHIDMAT MASYARAKAT KAT HANIS YA. Please jangan, Hanis akan call lebih kerap.

Sunday, 18 July 2010

Selamat semuanya!

Wah, sudah lama tidak menaip di sini. Hanya update perkembangan diri melalui Twitter sahaja (perkembangan diri?! Kau pikir kau artis??). Belog terabai lalu terasa hati. Sabar belog, I tak sengaja.

Saya sudah memulakan kehidupan kampus seperti selalu. Sudah bertemu tenaga pengajar yang baru dan bersemangat jitu semuanya (tenaga pengajar?! Kau pikir kau budak AF??). Maafkan monolog dalaman saya yang tidak beradab. Suka mencelah seperti pengacara Wanita Hari Ini waktu menerima panggilan penonton. Anyway, berbalik kepada topik tadi..





Takde topik pun sebenarnya.

Anda tertipu.






Saya doakan kebahagiaan semua orang, macam saya yang sedang bahagia ini *shy*

Wednesday, 30 June 2010

Perempuan biasa

Alamak. Saya dah jadi perempuan-perempuan biasa yang selalu balik rumah pukul 12 malam. Dah jadi perempuan biasa yang duduk atas permaidani minum Barbican sedut asap shisha. Tak, tak, saya tak hisap shisha, tapi lepak dengan orang hisap shisha dan hisap rokok, tahap kesihatan dah lebih kurang mereka saja. Fakta sedih. Balik rumah rambut bau rokok. Kenyataan tragis. Sekali dalam 4 tahun dimaafkan, kan?


Ini semua sebab kawan-kawan sekolah saya yang suka tengok game bola dekat luar. Kalau tak kerana Argentina, saya sememangnya perempuan biasa lain yang duduk rumah diam-diam masak air buat milo mentanak nasi untuk keluarga. Takpe World Cup is ending soon. Nanti kembali kepada menjadi perempuan biasa lain yang kening lebat tidur pukul 9.30 malam dengan timun atas mata macam nenek spa. 4 tahun lagi mungkin kembali ke senario ini semula, atau mungkin senario yang lebih comel pakai rambut palsu biru pergi tengok dekat stadium dengan suami dan 3 orang anak kecil dalam jersi masing-masing. Okay tipu.