1) A lean neck

you are just not your own taste.
Sebagai contoh saya pilih handbag Tod's sebiji RM4k. RM4k. RM4k. Kena kahwini Dato K baru boleh.
Lalu godeklah gambar-gambar di internet untuk ciptakan Spring Look terbaik bagi handbag ini! Saya cipta 2 Spring Looks! Awak nak cipta sampai 3 pun boleh.
Reebonz Spring Barbie
Penampilan menonjolkan keperempuanan dengan warna-warna lembut. Blusher Anna Sui dan pewangi Miss Dior sebagai pelengkap kelembutan. iPhone menjadi essential gadget kepada Spring Barbie yang up-to-date, dan handbag Tod’s bersaiz sempurna untuk mengisi segala keperluan Spring Barbie. Manis!
Seterusnya gaya yang lebih dekat di hati, gaya saya sendiri yang pemalas nak piker baju apa nak sarung, balik-balik t-shirt dan jeans.
Reebonz Spring Rocker
Penampilan ringkas untuk yang senantiasa on-the-go. Get-up yang mungkin sedikit kasar (rough) maka memerlukan handbag Tod’s untuk melembutkan gaya bagi tampak sempurna. Tidak suka mengikut arus fesyen, Spring Rocker ditched skinny jeans lalu menyarungkan wide-legged jeans. Blackberry sebagai jantung hati dan Polo Black harus sembur kerana yelah jarang didampingi perempuan, bila pakai perfume lelaki terus perempuan suka nak dekati dan bersahabat.
Jadi, ciptakan Spring Look anda untuk peluang memenangi:
Overall Best Spring Outfit:
Tambahan RM500 & 500 Reebonz Credit.
Reebonz Facebook Friends Favourite Spring Outfit:
Tambahan RM250 & 250 Reebonz Credit.
Cepat pilih handbag kesukaan dan ciptakan penampilan untuknya! Penting woh menang Reebonz credit tuh, dapat beli-belah barang high-end dekat Reebonz.com :’) Lelaki nak beri hadiah pada mak(/we) pun boleh sertai.
The Questions.
Personaliti.
1. Rasanya aku cakap terlalu banyak tak masa kau tengah cerita?
Ya. Kau pendengar yang teruk lain kali taknak cerita apa-apa kat kau.
2. Bagi kau, aku kalau pinjam duit lambat sangat ke nak bayar?
Ya. Kau masih ada hutang aku. Sila tanya berapa dan langsaikan sekarang.
3. Rasanya selalu sangat tak aku terasa benda kecil?
Ya. Kerja kau asyik nak emo je, kau pikir kau sorang ada perasaan.
4. Agak-agak mulut aku celupar sangat tak?
Ya. Kau memang mulut longkang, kuat maki orang, goodluck cari pasangan hidup.
5. Rasanya aku selalu tak cerita benda terlalu mengarut?
Ya. Benda remeh -temeh pasal pakwe/makwe/kucing sekali sekala laratlah orang nak dengar. Kalau selalu, muntah.
6. Ada tak aku terlalu calculative (berkira) bab2 duit atau apa-apalah?
Ya. Barang orang kau nak, barang kau sendiri kau kedekut tahi hidung masin. Tahi hidung masin kau pun kau kedekut kot.
7. Bila aku cakap telefon, gedik sangat tak?
Ya. Kau cakap telefon ke, luar telepon ke, tepi telefon ke, telefon dalam beg setkan vibrate ke, bottom line cara kau cakap memang gedik. Okay bye.
8. Adakah kau akan kategorikan aku Drama Queen?
Ya. Kau suka besarkan hal sebesar zarah. Kecoh je, orang lain banyak lagi masalah lebih besar, masalah takde laki, takde kaki, takde etc.
9. Adakah aku orang terakhir yang kau akan minta tolong waktu dalam kesusahan?
Ya. Kau tak boleh harap.
10. Mungkinkah aku kadang-kadang terbangga lebih dengan apa yang aku ada? Pasal pasangan hidup ke atau barang-barang aku ke?
Ya. Kau memang jenis show off, orang sekeliling kau tahan je senyum dengar kau berlagak.
Kebersihan & kesihatan.
1. Kau rasa aku patut tukar deodorant yang lagi bagus tak?
Ya.Kau busuk bila berpeluh. Usahakan sesuatu.
2. Kan orang kata kalau gigi rosak akan affect bau nafas kita. Kau rasa aku ada tak gigi rosak?
Ya. Kau kalau cakap ngan aku tolong jauh sikit. Gosoklah gigi 3kali sehari dan banyakkan makan sweets atau chewing gum k?
3. Ada tak kadang-kadang baju aku yang bau kepam?
Ya. Semua baju kau bau kepam.
4. Kau tak selesa ke kalau aku share makanan atau air dengan kau?
Ya. Aku geli share apa-apa dengan orang. Tak suka tukar2 air liur jadi please stop.
5. Bila kulit kepala gatal, aku takut gak ada dandruff. Kau rasa aku ada dandruff tak?
Ya. Aku boleh nampak penuh kat bahu kau dan telinga kau ewwww. Tukar shampoo!
Rambang.
1. Kau rimas ke bila aku pau rokok?
Ya. Bukan rimas lagi dah, aku rasa kita tak patut lepak bersama.
3. Kalau aku bukan kawan kau, dan kau tak perlu ambil aku masuk dalam team kau, kau rasa kau nak tak ambil orang lain selain aku?
Ya. Kau teamwork hancus. Malas.
Result?
Selesai bertanya dan menjawab, sila tengok nombor soalan mana yang bestfriend anda jawab 'sikit'. Sila highlight petikan untuk check jawapan bawah setiap soalan (ia dalam font putih). Atau (right click dan tekan) 'select all' untuk lihat maksud tersirat (itu yang saya berikan ya, jangan marah bestfriend pula).
Contoh untuk orang yang tak reti
'Select All' atau CTRL + A.
Mula-mula right click, pilih select all. Right click tahu tak? Kat mouse tuh, kalau selalu tekan yang butang kiri, sekarang masanya nak tekan butang kanan also known as right click.
Sekian, macam tulah nak baca font putih. Cuba sekarang.
Sebab saling sayang-menyayangilah anda berdua telah lalui Cermin Bestfriend bersama. Sekarang masa untuk perbaiki diri jadi yang lebih baik! XOXO.
Hujung minggu memang mendajal kesihatan badan apabila konon ketepikan pemakanan seimbang, dan bedal apa sahaja yang telah diidamkan sepanjang minggu. Nafsu yang membuak-buak okay we get it. Tak perlu nak nafsu yang membuak kat sini.
Semalam seronok! Luang masa dengan sekalian manusia berharga dalam hidup; yang tersayang teman-teman dan famili. Ini senarai menu semalam yang buat empunya diri tidur nyenyak.
Sarapan: Nasi Lemak.
Makan Tengahari: Nasi Kandar atas daun pisang.
Minum Petang: Mee Kari.
Makan Malam: Grilled Lamb Chop.
Betul-betul ambil kesempatan atas kadar metabolisma tinggi T_T Kau tunggulah proses penuaan melembabkan kadar pembakaran lemak kau once masuk alam 20an nanti. Eh? Dah masuklah akhir tahun lepas. Nangis.
Video takde kerja tunggu nak pergi makan.
Makan banyak is not something to be proud of though. Nampak management skill rendah bila tak reti kawal nafsu sendiri. Macam mana nak jadi manager macam nih?! Kena jadi CEO je senang. Sekarang nak slap some of that fat burning lotion on my thighs and get on the treadmill! In my slumber.
Sebab ramai kat sini pembaca baru (HAIIIII! MEKACHIH SINGGAH), jadi nak kena clarify yang budak kecil digelar Demok yang selalu buat appearances kat belog ini dan Twitter I itu ialah, budak kecil yang I babysit SEJAK DIA LAHIR omg salah satu part of family sekarang.
Kat meja makan pun satu kerusi memang dia punya. Kalau makan satu keluarga kena sediakan 9 pinggan, bukan lagi 8 sebab ada Demok terlibat.
Seronok sebab kami dapat tengok progress dia and dia memang bayi bijak. Walaupun mempunyai tiga pusaran rambut di kepala, dia adalah bayi paling tak degil ever. Bila mandikan dia, tapi rupanya lupa bawa towel, just kata kat dia "You wait here" dan tinggal depan pintu toilet, sampai dah jumpa towel dan datang balik dia masih dekat spot sama, telanjang bulat.
Kalau dia semak-semak mengacau pastu kitorang malas nak layan, cakap kat dia "Don't disturb, go and watch TV", nanti dia lari pergi on TV, pastu duduk kat kusyen diam-diam. Tenung je skrin TV yang biru itu. Kami pun tolong tukarkan AV1 untuk Astro. Dia suka Astro Ceria.
Bila dia start nak geledah barang, cuma bagi amaran "Don't touch, put baaack". Terus dia tinggalkan tempat kejadian oh!
She is such a joy to be with. Sedih kalau teringat yang one day, dia dah tak perlukan kami lagi sobs sobs. Oh nak cerita sebenarnya, satu hari tuh kami tengah leka, tiba-tiba senyap je suasana. Bila tengok Demok tengah buat apa...
Buat hal rupanya.
Exhibit A. Pimp my teeth! Get it? Get it? Xzibit?
Nasi Lemak tanpa kacang for brunch. Saya tengah masak pastu perasan takde kacang tanah, jadi suruhlah Mama or Daddy tolong belikan sekejap. Tup tup dah selesai masak, saya call diorang "Hello mana kacang tanah?" hanya untuk mendengar jawapan "Oh Mama dengan Daddy kat IKEA ni" SABAR JELAH.
Little brothers tambah banyak kali sebab diorang ingat ni sambal Melaka. Padahal hanyalah sambal Nasi Lemak yang likat dan enak. Nak gak tambah 'enak'.
Skill potong telur rebus bukanlah ukuran kesedapan.
Hafiiz prepared a jug of lemonade for us! Thanks sayang.
--------------------------------
Sabtu lepas Kekna dengan boyfriend dia nak keluar bawa adik-adik tengok wayang. Sukati dia tiba-tiba, "Hanis masak breakfast, kitorang nak keluar" Kesian dahlah tak berjoli sekali, pastu kena kerah buat breakfast untuk diorang LOL.
Catuan makanan untuk keluarga anak enam.
I prepared Nasi Goreng, Kekna goreng drummet dan sausages. Ha, seb baek lepas dah siap breakfast semua Kekna tergerak hati nak ajak I sekali. Buat hal betul.
-------------------------------------
Eleh kecoh gila baru masak-masak macam ni. Cuba buat Keindahan Tiga Tingkat tengokkk?! Hahaha okay resepi lauk-pauk mudah semua dari tak lain tak bukan, Surirumah Hebakk.
Dari dulu memang suka guna nama penuh, guna dua-dua Hanis dan juga Zalikha. Even name tag pun nak nama penuh tapi tak dapat. Yang kat atas ini pun kena marah sebab nak nama penuh tapi tak cukup space. Sanggup buang huruf vokal.
Saya buang huruf vokal, Halim.
Pakai flip phone lagi, jari pun bercincin melambangkan dah berpunya. Hahaha those were the days.
Bersambung...