Feng Shui. Sebenarnya, cara kita melihat Feng Shui yang menjadikan ia sahih atau tidak. (Okay kenapa bahasa skema macam kat belog Model 80an sekarang). Contohnya, satu tip Feng Shui yang saya selalu amalkan, jangan tidur di depan pintu. Tip ini bukan dicipta sesuka hati, tapi asas Feng Shui adalah tenaga dan alam. Kiranya, the way I see it, kalau kita tidur depan pintu, bila orang buka tutup pintu waktu kita tidur, kan terganggu tidur kita? Seterusnya will result in lack of sleep which will then lead to crankiness. Atau dalam Bahasa Melayunya, bila tidur terganggu, tidur menjadi kurang lena dan bangun pagi kita akan berperangai tua yang kuat merungut dan sering sakit lutut dan kuat membebel sambil muka berkerut sepanjang hari macam masa Spongebob keluar dari Bikini Bottom pergi darat, lepas tuh muka tak kena air jadi tua. Betul tak konsep Feng Shui kat sini? Tenaga dan alam. Dan bila kita tidur tak lena, tenaga pun kurang. Dan bila tenaga kurang, kerja pun tak produktif, maka semua rakan sekerja benci tambahan pula muka tua yang kita bawa ke office/sekolah/KULIAH adalah sangat annoying sampai kawan-kawan rasa macam nak hadiahkan SK II masa birthday (eh ini bagus ini!).
Lagi satu tip Feng Shui yang saya tahu ialah, jangan letak katil di tengah-tengah bilik, kiranya, tidak disandarkan ke dinding lah, sebab menurut buku Feng Shui yang saya baca, nanti tenaga tidak akan stabil sebab dinding memberikan kestabilan etc. Maksud kat sini ialah, bila kita tidur, kita mesti nak membelakangi dinding supaya kita rasa selesa, sebab kita tahu hantu jembalang perempuan anggap batu nisan sebagai bayi semua takkan muncul kat belakang sebab ada dinding. Tapi kalau kita letak katil tengah-tengah alam, kan ke tidur kita tak lena, pelbagai jenis spekulasi-spekulasi bermain di minda? Jadi memang tidur dan kepentingan tidur amat ditekankan dalam konsep Feng Shui. Pikir-pikir kan lah. Yang bantal dah leper-leper takde struktur, kalau angkat boleh layu tuh, tukar lah segera kepada bantal yang baik untuk leher anda, yang penting sekali, baik untuk tidur anda.
Feng Shui juga sering menekankan konsep warna. Kalau dalam Feng Shui, pemakaian warna-warna ceria adalah amat digalakkan, terutama warna merah. Warna merah dianggap sebagai warna yang menguntungkan. Kenapa? Sebenarnya, ini semua berkaitan dengan psikologi minda. Warna merah ini adalah warna yang garang, galak dan lain daripada yang lain. Ingat senang ke orang nak pakai warna merah? Orang yang memakai warna merah dianggap sebagai berani dan yakin diri. Kalau nak ambil orang bekerja, nak tak ambil orang yang berani dan yakin diri? Haaaa. Jeng3. Sekarang pula, fikir kenapa orang-orang emo dan gothic, bergerak secara pasif dan bermata kuyu dan suka letak caption suicidal seperti "My bleeding heart" "Tonight is suicide" "I stabbed my cat yesterday" etc, dekat Myspace? Sebab tenaga yang ada dalam warna hitam, kan diorang suka sangat warna hitam. INI CONTOH JELAH JANGAN LAH PERGI BUANG SEMUA BAJU HITAM HABIS NAK SILAT TAKDE BAJU DAH.
Sebenarnya Hamis Jalikha ada pengalaman nak dikaitkan dengan Feng Shui nih. Hehehe. Dalam Feng Shui, apa-apa barang yang mempunyai tenaga yang buruk dianggap malang. Sebab itu orang Cina jarang membeli rumah lelongan bank, sebab rumah yang bank lelong bermakna, tuan empunya sebelum itu, tidak mampu bayar atau apa-apa malang lah yang menimpa sehingga menyebabkan pelelongan. Makanya, barang-barang secondhand, harus diteliti dahulu sejarah pemilikkannya sebelum dibeli bagi mengelakkan tenaga yang buruk untuk sampai kepada kita, kononnya. Tapi Daddy mana tahu semua ini. Dia kalau tahu pun dia tidak kisah haha.
Cerita bermula bila Daddy ber-bos-kan seorang cina kaya mendapat projek yang agak besar. Dijanjikan sejumlah wang yang banyak andai kata Daddy berjaya melaksanakan projek tersebut. Tapi Daddy mengidam benda lain. Daddy mengidam kereta Jaguar bos dia yang tersadai dalam garage buruk entah berapa tahun tah, memang tak boleh start dah memang tak digunakan. Bos dia pun macam, OKAY YOU DAPAT BUAT PROJEK INI, I BAGI YOU ITU JAGUAR DENGAN HARGA YANG MURAH. Wah bersemangat Daddy cari client untuk projek besarnya itu. Akhirnya, dengan kebijaksanaan Daddy yang dikagumi ramai, Jaguar tua buruk tak boleh nak start yang dijanjikan itu pun menjadi miliknya bersama sejumlah wang yang besar.
WAH APA LAGI DADDY TERUS MAKE OVER JAGUAR ITU DENGAN WANG TERSEBUT SEHINGGA KALAU PENGACARA PIMP MY RIDE TENGOK PUN DIA PASTI BERASA BANGGA WALAUPUN DALAM BONET JAGUAR DADDY TAKDE PEMBUAT GULA-GULA KAPAS ATAU SPEAKER SEBESAR KUALI ATAU MESIN PENGGILAP BOLA BOWLING ATAU ATAU OKAY DAH.

Jaguar tua buruk bertukar wajah menjadi JAGUAR SOVEREIGN HANDSOME PEWIT PEWIT.
Yang lawaknya, mula-mula kami satu keluarga poyo gila seperti "Okay Jaguar ini takleh guna selalu, nak pergi buffet hotel boleh lah bawa" hahahaha dan "Kena jaga elok-elok takyah travel jarak jauh" hahahahaha. Hmph lepas tuh, Hanis pergi sekolah balik sekolah pun naik Jaguar, poyo gila je, pergi hotel je boleh haha. Sumpah bangga kembang kempis hidung bila tunggu Daddy kat pintu gate sekolah, dari jauh dah nampak Si Kacak Sovereign kemudian kawan-kawan semua "HANIS HANIS BAPAK KAU DAH SAMPAI" kemudian Hanis yang poyo "Eh ye ke?" CEH CEH CEH PADAHAL 2BATU SEBELUM ITU DAH NAMPAK DAH SENGAJA BERLAGAK TIDAK JAKUN TERHADAP JAGUAR KEPUNYAAN BAPA. Lepas tuh yang lebih poyo, mama ngan daddy nak melawat kakak Liana kat MATRIK CHANGLUN KEDAH pun naik Jaguar haha comel gila macam dua pasangan orang tua lama naik kereta lama hahaha kata je tak boleh jarak jauh, ha hambek kau sampai nak dekat sempadan Thailand terus. Memories memories. SILA KIRA JUMLAH PERKATAAN POYO DALAM PERENGGAN INI.
Tapi downside kereta klasik ialah maintenance maintenance maintenance! Memang sebulan Daddy habis more than a bloody 30 thousand Ringgit Malaysia on that bloody Sovereign that is bloody old. Haha asal cranky sekarang. Then our restaurant business starts to collapse. Then ada family member yang jatuh sakit. Banyak lah kejadian malang selepas itu. Kewangan pun semakin ketat. Naik Jaguar balik sekolah pun dah tak best bila pintu Jaguar tak boleh buka, degil sungguh, so kena duduk belakang, haha dengan Daddy sedaya upaya buat muka paling seksi sekali supaya tak macam drebar haha DADDY COMEL! Then bila terbaca buku Feng Shui yang pasal secondhand item and bad energy, semua benda makes sense. No wonder, such handsome Jaguar dibiarkan tersadai di dalam garage buruk oleh bos Daddy, no wonder dia senang-senang let it go. Sebab Jaguar itu barangkali telah memberi bad luck kepadanya.
Sehingga hari ini, kami masih perlahan-lahan bangkit dari kejatuhan kewangan suatu ketika dulu, TAPI APA TIBA-TIBA KEGAWATAN EKONOMI PULA TAK BEST LAH MACAM NI NAJIB. Daddy pun jual Jaguar itu kepada Uncle Rafael. Kemudian, bukan nak percaya Feng Shui lah, ini semua ketentuan Allah, selepas beberapa bulan Uncle Rafael beli Jaguar Handsome itu, dia jatuh sakit, terlantar di hospital. Something to do with his veins and arteries and it went on for quite sometimes. So yeah, itulah pengalaman hidup saya yang banyak cabarannya. Kalau anda mahu, saya ada banyak tips Feng Shui yang boleh dikongsi, yang makes sense dan logical lah, bukan yang letak patung naga warna emas dekat pintu semua itu taknak lah sampai syirik. Tsk. Tapi tips-tips macam macam mana nak pilih persekitaran rumah yang baik. Kedudukan tingkap yang elok untuk bilik. Sharing is caring (haha nyampah gila bila kita beli McDonald tiba-tiba kawan datang kata sharing is caring djhfmcniwedjck haha).
No comments:
Post a Comment