Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Wednesday, 11 March 2009

Bukan senang nak mengaku cemburu kepada bestfriend sendiri


Tak sangka, teman baik saya masa saya kecil baru sahaja meraikan ulangtahun harijadinya di luar negara. Kenapa nak sampai luar negara wahai spoilt brat? Dia ini memang kaya dah lah semua orang adore sumpahseranah. Dari dulu, dari kami sama-sama bermain waktu kecil dulu pun, saya memang sudah ada sedikit (Hanis tak baik tipu, kata saja banyak/sangat/amat) cemburu pada dia. Yelah, waktu saya masih terima RM1.00 sebagai wang saku ke sekolah setiap hari, dia sudah ada teman lelaki remaja, basikal sendiri, bewarna merah jambu (sengaja nak jealouskan semua perempuan woh) dan juga sepasang kasut roda berwarna merah jambu dan biru. Part kasut roda itu mungkin tak jealous sangat kerana saya pun ada, tetapi kenapa warna kasut roda saya tidak selembut beliau punya? KENAPA SAYA PUNYA BEGITU GANAS DAN BEWARNA HITAM SERTA HIJAU? Fine.

Tetapi dia masih teman baik saya sepanjang zaman. Walaupun perbezaan umur kami yang melampau, dia sentiasa ada untuk guide saya cara-cara mendandan rambut, menjual lemonade tepi jalan dan merawat anjing. Dia jugalah yang sedia rambut dibasahi hingus saya apabila saya sedih dan tidak puas hati terhadap orang sekeliling.

Untukmu Barbie, selamat harilahir yang ke-50. Maafkan dahku ketika memotong rambutmu paras bahu, manalah dahku tahu yang rambut mu akan naik mencacak ke atas semua, umpama Macy Gray.




Baru-baru ini, bagi menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-50, sebuah pusat Barbie terbesar di dunia telah dibina di Shanghai. Walaupun kad jemputan tidak sampai kepada saya memandangkan Barbie tidak ada alamat saya di Segamat (alasan), saya masih dapat meninjau keunikkan tempat ini melalui berita-berita di surat khabar dan internet.

Bangunan Barbie 6 tingkat yang tersergam indah di Huaihai Road itu, dilengkapi dengan restoran bertemakan merah jambu dan hitam serta Gelato Bar (bar aiskrim) di tingkat teratasnya. Bagaimana mahu naik ke tingkat atas? Boleh pilih samada untuk daki tangga putar (spiral) yang dihiasi 875 anak patung Barbie di dalam kaca atau naik escalator canggih dan futuristic yang diterangi lampu-lampu neon. Naik escalator yang dinamakan Pink Tunnel ini, anda akan diperdengarkan dengan bunyi anak-anak perempuan kecil ketawa manja. Seram juga tetapi takpe, think positive.



Kehebatan tangga putar unik.



Apabila penat mendaki tangga putar yang melekakan (sebab terlalu banyak rekaan Barbie dan bajunya yang cantik anggun molek), bolehlah tuju ke spa Barbie di mana anda akan dihidangkan gula-gula kapas di muka (Cotton Candy Facial) sambil kuku anda dirias dan rambut anda didandan. Harap Barbie tidak revenge dan mendandan kita (eh I mean, saya) agar menyerupai Macy Gray.



Anak-anak kecil yang membeli baju Barbie, boleh menggayakannya dengan catwalk di pentas peragaan yang disediakan. Di situ juga akan ada pembantu kedai yang bakal mengajar anak-anak kecil menyanyi lagu Barbie Girl. Menjengkelkan tetapi benar. Bagi orang tua pula, jangan risau, anda juga boleh membeli-belah di sana malah anda pasti rambang mata dengan rekaan hebat dan extravaganza gaun-gaun pengantin dari pereka ternama Vera Wang. Kalau gaun pengantin bukan pakaian seharian yang anda cari, sila teruja kerana di Barbie Mall, Patricia Fields, pereka fesyen untuk siri hit Sex and The City ada memaparkan jenamanya tersendiri.


Kalau yang dewasa adalah se-hot ini(rujuk gambar rajah) juga dibenarkan catwalk ketika try baju ya. Tapi kalau nak belajar lagu Barbie Girl, akan dipertimbangkan.




Ya, tempat ini memang taman fantasi buat si gadis/anak dara/budak perempuan/janda/ibu etc (cubit diri, ini bukan mimpi). Tetapi yang lelaki jangan risau. Tandas lelaki di tingkat 5 ada mempamerkan 1000 jenis kereta Hot Wheels di dinding. Sambil buang air boleh hafal semua design. Atau berangan bila kaya nanti nak buat satu bilik khas untuk bilik mainan atau bandar semut (ngaku je, takpe).



Fantasi bertemakan Barbie adalah fantasi sejagat. Gambar diambil di Argentina.


Kini teman baik saya mengajar cara merawat anjing kepada kanak-kanak cina pula.





Memandangkan Barbie memang gedik (ini terbukti apabila):

Pada sambutan hari lahir saya yang ke-10 (atau 11), jiran saya seorang penyanyi bernama Nora, yang sangat bermurah hati telah menghadiahkan saya basikal untuk Barbie di mana belakang kotak basikal tersebut ada tertulis “Cycling is a fun way to meet up guys”.


GEDIK KAU BARBIE GATAL HABIS, MALU I SEBAGAI SAHABAT, maka di Barbie Mall ada disediakan bar di mana orang boleh bersosial kerana semua orang tahu: ‘Barbies want to talk to Kens’. Dan di bar ini yang juga bertemakan merah jambu, ada menghidangkan Martini Merah Jambu atau Pink Martinis (haram).




Sempat lagi mengamati anak patung hiasan tangga putar sewaktu dalam perjalanan ke tandas tingkat 5.

No comments:

Post a Comment