Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Monday, 15 December 2008

Isi tas tangan dan personaliti seorang perempuan



Handbag vintage nenek yang dibeli di Mekkah, yang saya ambil setelah selongkar almari lama beliau yang ada ular bertelur dan cicak berkahwin.




Kalau nak tahu personality seorang perempuan, cuba selongkar handbag dia. Kalau kamu selongkar handbag saya, pasti kamu akan terus menerus menghakimi saya sebagai seorang yang tidak teratur dan sentiasa on the go. Yang tidak teratur itu memang betul, sebab ada waktu2 random yang handbag saya akan mengandungi sudu, mesin pelurus rambut, packet Horlicks dan benda plastik yang untuk plug double pin tuh. Hairankan, kenapa lelaki tidak perlu benda-benda extra sebegini dalam kocek mereka? Bukan saja hairan, dengki pun ada.


Tapi ada tiga benda yang paling penting setiap wanita patut ada dalam handbag/tas tangan mereka. Anda mungkin sudah ada benda-benda yang bakal saya sebutkan, bagi yang belum, sila salin senarai ini sekarang.



1. Penyembur lada buatan sendiri (homemade pepper spray). Bukan sahaja boleh melindungi anda dari penjenayah, malah kalau anda terlupa nak suruh mamak itu buat maggi goreng extra pedas, semburkan saja pada maggi goreng anda dengan penuh bergaya.



2. Earphone, walaupun anda tidak memiliki iPod, mp3 atau lagu-laguan dalam handphone polifonik anda. Hanya letakkan wayarnya di dalam handbag dan pasang ke telinga. Berguna untuk menghalang dari orang yang duduk di sebelah untuk bercakap dengan anda. Terutama di stesen bas. *TERBUKTI KEBERKESANAN*



3. Surat untuk peragut. Andaikata anda diragut dan tidak sempat untuk mengeluarkan penyembur lada yang anda baru kisar pagi tadi, pasti anda ingin menyampaikan mesej masyarakat kepada peragut tersebut. Surat mungkin berbunyi: “Hei peragut, engkau ini memang sampah masyarakat sedarlah diri, bayangkan emak engkau yang kena ragut. Sakit tak sakit. Kalau kesempitan wang sangat pun, Mydin kan tengah cari orang. Kau memang malas kerja kan, bedebah.” Lebih efektif kalau surat itu disertakan hadis-hadis atau pantun nasihat.



Itu sahaja untuk artikel kali ini. Saya ada surat untuk dikarang yang bakal disimpan di dalam handbag. Sehingga bertemu lagi.



Yang benar,
Leela Menon.
Haha saja je nak guna nama cikgu Bahasa Inggeris tingkatan 4.



OhSoRandom: Hari itu kakak terjumpa sebuku butter dalam handbag emak.

No comments:

Post a Comment