Sewaktu sekolah dulu, cemburu betul bila dengar kawan saya, Kavitha, bercerita tentang video kelahiran dia. I mean, terer betul orang baya-baya saya dah ada video kelahiran. Adik saya yang Alisya itu pun tak ada video kelahiran. Sebab kami beli Video Camera baru tiga empat tahun lepas. Hmph Astro jangan cakaplah, keluargaku antara keluarga-keluarga terakhir yang mula melanggan. Ingat lagi masa darjah enam, ada satu kawan saya, Maisarah, berlagak betul dia (masa tuh lah, budak darjah enam kan), siap susun-susun batu kerikil sewaktu perhimpunan kemudian suruh kami cari Hidden Mickey. "Hidden Mickey? Apa itu?", kata si tiada Astro ini di dalam hati. Kemudian barulah mereka start explain Hidden Mickey itu apa, Art Attack itu apa dan etc, setelah melihat muka ku yang seperti meminta penumbuk. Omg saya suka gila makan kacang tumbuk, selalu makan, kalau tak habis letak dalam peti sejuk, dekat tempat rak telur.
Saya agak busy belakangan ini, tapi tetap mahu update, maka saya akan sertakan video untuk tontonan umum. Video sepupu angkat saya, cukur jambul. MASA SAYA MUDA GEBU DULU TAKDE PUN VIDEO SAYA TSK. So saya harap Qistina Balqis akan bersyukur dengan video ini, walaupun cuma slideshow gambar-gambar indah, ceyy. Saya harap satu hari nanti beliau, dapat tonton video ini dan berpikir "Wow ramai orang sayang aku". Slideshow ini bertahan selama 3minit lebih. Kalau nak tengok muka saya berlemuih kena tunggu habis. Haha sengaja eh letak last.
No comments:
Post a Comment