Kita selalu berangan nak kahwin dengan orang kaya dan ada kereta mewah dan dapat anak comel dan hias bilik anak lebih comel dari anak dan pakaikan dia baju cantik-cantik anggun dan pergi open house datin mana entah dan lihat anak lelaki dia yang kacak walaupun masih kecil dan kenenkan dengan anak kita dan plan nak kahwinkan mereka satu hari nanti kan?
Saya selalu nampak perkara itu. Setiap pagi selepas buka langsir dan tingkap bilik untuk udara segar.
Saya selalu nampak perkara itu. Setiap pagi selepas buka langsir dan tingkap bilik untuk udara segar.
Apa khabar sepatu Burberry?
Hari yang indah dimulakan dengan melihat muka suci bayi yang saya jaga. Tetapi pada weekends, mereka tidak dihantar maka saya rindu. Nasib baik dapat babysit anak jiran sebelah yang kesayangan. Biliknya hanya bertentangan dengan bilik saya sehingga boleh main talipon cawan.
Biliknya.
Selak langsir untuk bilik Hanis Zalikha (-_-")
Jadi marilah ke rumah I dan bergumbira bersama! First stop, bilik Alisya.
Sangat petah Inggeris dan Melayu, dan datang-datang terus chop anak patung yang paling cantik. Oh boleh tahan ya I tangkap gambar.
Kemudian setelah jemu di bilik Alisya, beralih ke bilik I pula. Angkut semua mainan yang tak seberapa itu kalau nak dicompare dengan mainan Noi. Tapi dia enjoy gila beb.
No comments:
Post a Comment