Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Saturday, 9 May 2009

SAYA DAPAT ADIK BARU!


Say hello to Dzikri. Okay taklah, ejaan nama dia tak se-cool itu. Ejaannya ialah Ziqry. Macam Ze Cry. Macam The Cry. Okay you get the idea. So anyway this hols I'll be babysitting this little hunk right here. Dia sangat handsome dan kuat tidur dan badan sangat tough di mana amat lenguh untuk mandikan but I'm surviving T_T Haha sayang gila beliau! Kemudian minum susu harus 90ml, kalau 60ml sahaja akan merengek dengan kacak sekali. Despite the name (The Cry), dia tak kuat nangis. Haha. Tapi dia kuat sembang, kalau orang tak pay attention dia nak sembang, nanti dia mula cebik-cebik muka nak start menangis. So siapa jadi girlfriend dia kena jadi good listener, kalau tak dia cebik-cebik muka pastu menangis masa drive kereta.

Oh tajuk itu tidak ada kena-mengena dengan Ziqry by the way. Cuba teka siapa dapat adik baru? CEPAT TEKA. Okay dah lambat. Jawapannya si gemuk kat bawah ini.





Hi nama saya Dewatta Arjuna. Emak saya yang aktif telah melahirkan 6 ekor adik untuk saya. Siapa nak adopt adik-adik saya boleh tunggu mereka besar sikit ya. JANGAN EMAIL TUAN SAYA UNTUK RESERVE MEREKA. Nanti bila reservation line dah dibuka, baru boleh. Sebab mereka masih menyusu emak saya. Jumpa di lain entry ya! Bila saya dah hack belog ini hoh.



No comments:

Post a Comment