Terbaru:
Wahai diari (dulu punyai masalah mengeja diary, dairy etc),
Hari ini, seorang yang sangat hebat telah turun untuk meninjau progress Marhaban (okay tipu, padahal budak part 2 kena turun ada perjumpaan di surau maka dia turun padang kerana dia part 2). Turns out, kehebatannya merangkumi skill bermain kompang yang mengiurkan. Dengan jayanya, dia telah mengajar saya teknik pukulan yang mantap. Tiba-tiba saya rasa cuak. Mampukah saya pikul tanggungjawab ini? Mampukah saya memukul kompang ke arah kemenangan? Sedangkan si hebat dengan IQ berpointer 3.98 ini pun perlukan satu bulan lebih untuk menguasai alat muzik bernama kompang, lagilah aku yang kerdil ini. Saya beri diri sendiri tiga hari untuk menguasai skill sebegitu, jikalau tidak berhasil, saya akan tarik diri. Saya tidak mahu menjatuhkan Zamrud di zaman kegemilangannya.
Tidak percaya dia hebat? Nama dia Albaniah. Ha hebat tak hebat.
End of update.
Sambil minum air sirap dan godek-godek isi kandungan doorgift (apa?! bagi gula-gula dan potpourri sahaja?!), saya selalu tengok orang main kompang dekat kenduri kahwin. Amat mengkagumkan, sehingga di mata saya, pemain kompang adalah ibarat petani. Di mana jasa mereka tidak dapat dibayar hanya dengan wang sahaja. Setitik peluh bertani DIAM KAU RAJA FARAH.
Maka dengan bangganya saya ingin announce, saya akan menjadi petani (sambil pangkah salah satu perkara dalam 17 Cita-cita Saya Yang Tidak Memerlukan Ijazah). JENGJENGJENG. SAYA ADALAH PEMAIN KOMPANG UNTUK KOLEJ ZAMRUD :') Dan kakak Liana, sila sebarkan kegembiraan ini dengan menukar shoutout Friendster anda kepada "Adikku akhirnya bergiat dalam Marhaban".
Okay bye nak practice.
OhSoRandom: ADAKAH GATAL JIKA SAYA MEMBELI MAMEE SLURRP KARI BERAPI HANYA KERANA MUKA SAMUEL RIZAL TERPAMPANG DI PLASTIKNYA?! Eh tapi tipu tau, tak berapi mana lah. Sangat tipu iklannya di mana ada abang bomba stand by tepi ketika pembeli melahap Mamee Slurrp. Kalau, betul atleast ada lah alasan nak ajak abang bomba muka macam dari Third Watch, untuk datang ke rumah dan stand by di tepi ketika saya melahap Mamee Slurrp :B
BOIKOT MAGGIE.
No comments:
Post a Comment