Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Tuesday, 14 October 2008

Apa Yang Saya Benci Tentang Menstruasi



Apa Yang Saya Benci Tentang Menstruasi.

1.Bila ianya datang pada waktu yang tidak dijangka, contohnya waktu tidur, waktu tengah mandi jacuzzi, WAKTU PERSEKOLAHAN, LEBIH SPESIFIK WAKTU DATANG SEKOLAH, KELUAR KERETA TAK PERASAN, SEMUA ORANG PANDANG, TIBA-TIBA KAWAN TEGUR DENGAN SELAMBA “KAU PERIOD HARI INI?“ dan waktu puasa iaitu lagi 13 minit nak azan Mahgrib.

2.Senggugut. Kalau nak tahu sakit dia macam mana, cuba cubit kulit anda dengan begitu kuat sehingga kuku menembusi lapisan kulit ke tujuh, kemudian perahkan limau ke atasnya. Darabkan kesakitan tersebut kepada 3, anda akan dapat jawapannya.

3.Pad bocor. Pad merimaskan. Pad murah yang selalu kena tukar sebab boleh serap sikit je.

4.Malam menjelma dan harus tidur, bila esoknya katil dan cadar berdarah sebab pad bangang.

5.Sengal-sengal badan.

6.Sengal-sengal otak atau nama saintifik, PMS (alasan lain untuk marah-marah tanpa sebab).

7.Tak selesa dengan baunya.


Tetapi sejak dulu, sejak hari pertama saya baligh, saya percaya kepada Kotex! Dan kepercayaan itu tidak pernah berubah, kerana ia melenyapkan sebab ke-3, ke-4 dan ke-7 dalam senarai Apa Yang Saya Benci Tentang Menstruasi/Datang Bulan. Baguslah emak dan kakak saya kerana memperkenalkan Kotex kepada saya. Memang turun-temurun lah kira. I mean, kenapa taknak percaya pula kalau Kotex jadi pilihan orang lepas bersalin. Sememangnya darah nifas itu kan banyak, kira hebatlah Kotex ni diberi kepercayaan sebegitu.



Wah kini Kotex nak buat Kem Kotex untuk perempuan-perempuan bertuah di luar sana. Nak sertai senang saja (okay walaupun dia cuma pilih 50 perempuan, tapi sila cuba dulu, belum cuba belum tahu, kata orang). Caranya, beritahu satu perkara tentang diri anda yang anda ingin perbaiki untuk mengecapi impian anda, tidak melebihi 150 perkataan (dalam satu perenggan gak ah) sebelum 31 Oktober 2008. Dapatkan borang penyertaan di http://www.kotex.com.my/ atau hubungi 1800-82-83 (hanya call kalau nak sertai, bukan tanya macam mana nak atasi senggugut segala).

Okay perempuan-perempuan di luar sana. Kem sebegini memang best tahu. Ingat tak kem-kem kat sekolah dulu? Dapat ramai kawan, pastu banyak pengalaman baru (punggung terseliuh di dalam sungai), dan juga jatuh hati pada abang facilitator (memalukan, memang). Tapi itu benda-benda yang tak penting dan terjadi secara tak sengaja. Apa yang lebih penting (dan akan terjadi secara sengaja) adalah kehebatan motivasi yang anda akan terima, dapat pelajari tentang diri sendiri dan bagaimana untuk memperbaiki kelemahan agar senang mencapai cita-cita (nak jadi doktor ke nurse ke cikgu ke peguam ke) dengan lebih lanjut, serta serta serta, dapat beriadah dengan artis seperti pelakon-pelakon dari Kisah Kaisara (sumpah diorang comel), Ahli Fiqir dan dan dan jeng jeng jeng, Angkasawan Negara kita! (Okay memang takde dalam gambar sebab handsome sangat nanti ramai orang join pastu susah nak pilih siapa menang). Ya, di Malaysia, Angkasawan Negara adalah artis, terima kasih.


TAPI KAWAN-KAWAN, mestilah yang lebih best lagi adalah ianya akan berlangsung di Club Med, Cherating Beach WOH WOH WOH. Club Med weh, gila eksklusif. Dah la ada perkampungan spa yang tersendiri. Perkampungan spa?! Selalu dengar perkampungan bunian je. Okay dah jangan tunggu lagi, start tulis karangan satu perenggan sekarang.


INDAH SUNGGUH PANTAI DI ATAS. AIRNYA BIRU DAN PASIR PANTAINYA ADALAH PASIR DAN BUKAN LUMPUR MAHUPUN BATU.


So kalau anda rasa anda ni jenis yang takde keyakinan diri, sampai nak cakap kat Dewan Orang Ramai pun tak confident atau sentiasa lemah dan ditindas oleh geng-geng gedik budget Mean Girls, atau terlalu pemalu untuk hadiri mana-mana temuduga untuk menjadi pramugari, inilah masanya untuk hapuskan semua itu! Ingat ya, kadang-kala kita tak sedar yang kita perlukan motivasi, sehingga kita alaminya sendiri. Motivasi diri anda dengan Kem Kotex!

No comments:

Post a Comment