Kalau ada events, dinner functions and such, I'm your go-to girl for fabulous make up! Setelah berada dalam industri di mana muka dianggap sebagai canvas dan mekap dicalit sekerap anda kata 'kejap' kepada suruhan emak anda dalam sehari, saya telah memaster make up skill yang boleh diiktiraf :') Haha. Tidak lupa juga saya pernah memenangi cabaran make up di Bertha's Gallery, JAY NGAN FIQA JANGAN NAK BUAT-BUAT LUPA EH DAH KENA BELANJA MAKAN LEPAS TUH. Makanya, its only natural for me to start a make up business right here in heart of the campus, Zamrud. (Sejak bila Zamrud heart of campus entah)
Harga yang ditawarkan ialah kadar rata RM14.90, harga yang sangat murah memandangkan make up yang digunakan adalah M.A.C, Lancome dan foundation/bedak asas yang selalu digunakan make up artis (jenama dirahsiakan sebab nanti semua make up artis yang kukenali akan call dan marah mengapa pergi reveal jenama). Tetapi dengan harga serendah ini, sila sediakan bulu mata palsu sendiri.
Sebentar! Jangan risau! Andaikata anda tidak dapat cari bulu mata palsu yang didambakan hati, Hanis ada menyediakan pakej tambahan RM5.50 Dolly Lashes di mana anda akan dapat bulu mata palsu khas yang selalu dipakai oleh Hanis sendiri di fashion events and product launch (bak kata Idan, bulu mata palsu trademark Hanis haha).
Dolly Lashes as seen on Hanis before the runway.
Selain itu, ada juga menyediakan pakej RM 2.00 Makeover Kit yang menawarkan facial scrub (sental muka) dan eyebrow trim (cantikkan kening serabai).
Berminat? Sila datang ke Zamrud, Tingkat 1, Wing FC 3 dan cari bilik Hanis Zalikha untuk buat tempahan masa. Satu sesi, satu jam.

Kalau tengok dekat iklan di atas ini, ada mengatakan "plus free make up tips". Memang benar, sila tanya pelanggan saya yang terdahulu bagaimana Hanis Zalikha si minah potpet share BANYAK GILA tips bersolek dan kemudiannya selesai mekap siap ajar berposing untuk bergambar. Memang bonding session ah satu jam itu :) TAWARAN UNTUK PEREMPUAN JE EH YANG LELAKI JANGAN NAK START SMS NAK TANYA MANA BILIK AJAHDFFRIJKG.
No comments:
Post a Comment