.jpg)
Kau tahu pensyarah kau cool bila :
Lecturer 1
Lecturer: Hanis, kamu pakai make up apa? M.A.C?
Hanis: Eh bukan. Itu mahal.
Lecturer: Saya nak beli make up set. Nak tahu apa yang bagus. Cosway?
Hanis: Ha Cosway compact powder dia bagus.
Lecturer: Ye ke? Sebab saya memang nak beli Make Up set Cosway Rm600 ++. Okay ke?
Ketika ini kamu boleh guess kelas tergendala sebentar dengan perbualan jarak jauh kami.
Hanis: Harga itu sangat okay, tapi saya cuma tahu compact powder dia je. Memang bagus.
Lecturer: Ha okay lah saya nak beli lah.
Hanis: Okay beli-beli.
Lecturer: Okay class sekarang tengok macam mana nak cari installment price..
Lecturer 2
Lecturer: Kalau kamu nak makan dalam kelas boleh. Tapi lebih afdal kalau kamu offer saya sekali.
Lecturer 3
Lecturer: Hanis apa pendapat kamu tentang presentation kawan kamu tadi?
Hanis: *Berdiri* Cara diorang cakap semua okay tapi saya tak rasa diorang mendalami topic itu sepenuh hati. Dan diorang tak carry tajuk tuh, throughout the presentation.
Lecturer: AKHIRNYA! Ada juga pelajar yang betul-betul pelajar universiti. Sekepala dengan saya!
Lecturer 4
Lecturer: Sekarang people know me as Lecturer Hanis Zalikha. Sikit-sikit “eh you Lecturer Hanis Zalikha eh?” I dulu masyhur on my own. Hmph.
Lecturer 5
Lecturer: Hanis Zalikha apa jawapan kamu?
Ha yang ini kesayangan sebab suka panggil nama penuh.
OhSoRandom: Kakak saya ingin menjadi Lecturer Mandarin Language!
No comments:
Post a Comment