Jap. Puteri Bunian itu fairy princess kah? Haha nak yang best je. Padahal fairy princess itu si pari-pari.
Okay okay, mari teruja bersama. Saya akan berlakon dalam Momok The Movie. Ya sila takut. Tapi saya sebagai Puteri Bunian. Ya sila teruskan takut. Haha pergh gementar lah siot tak pernah-pernah berlakon sekali hambek kau berlakon filem terus. Harap-harap latihan berlakon masa kecil pura-pura tidur agar ayah angkat letak ke bilik dapat membantu sedikit sebanyak. Tsk T_T
Okay sekarang cuba teka siapa yang akan terserempak dengan Puteri Bunian dan bakal dijodohkan bersama. Jeffri namanya. Dan mari teruja yang akan melakonkan Jeffri ialah Ahmad Nabil bin Ahmad (Nabil Raja Lawak 2). Ya mungkin ramai rasa dia tidak kelakar, tapi dalam hidup ini yang penting ketinggian. Haha. Okay gurau. OKAY GARAU.
Filem ini juga bakal dibintangi pelakon veteran yang saya kagumi seperti Dato Aziz Satar dan Dato Sarimah. Hurei.
Khamis lepas, bersamaan 18 haribulan Disember 2008, berlangsungnya pelancaran lembut (soft launch) Momok The Movie bertempat di Finas sebelah Zoo Negara, ya boleh nampak gajah zirafah semua dari tingkat dua, tak payah bayar tiket zoo. Untuk event ini, seperti event-event yang lain, emak make up kan saya. Hehe *gelak malu*
Satu dah cukup annoying, mengapa letak sehingga tiga?? Sengaja.
Kepada Nabil (Aizat), Athina dan Izzah yang telah menemani saya untuk cari baju putih but to no avail, this entry is for you, I bought this baju on the day of the event itself, terer sungguh, clap-clap. If youre interested in reading our quest to find my perfect white dress, please click.
So this is the poster for the movie.
Haha crop part best sahaja.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Masa untuk gemuk.
Penuhkan pinggan agar tidak menyesal apabila pulang ke rumah, dan senyum.
Sebab emak pemalu kali ini, gambar terakhir yang bakal disertakan hanyalah gambar kami adik-beradik.
Kalau rajin bolehlah singgah
http://www.momokthemovie.com/ atau
http://www.momokthemovie.blogspot.com/ ,
atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment