1. Anda disambut dengan dengkuran adik lelaki dan pemandangan ibu serta adik perempuan anda dibuai mimpi, hanya kerana anda tiba di rumah pada pukul 2 pagi. They waited for me :')
2. Semerbak bau esen pelbagai perisa menusuk di hidung.
3. Perabot di rumah telah diubah susun aturnya kepada sesuatu yang lebih anggun dan mengikut Feng Shui sehingga anda tidak kenal akan rumah sendiri, menyangka termasuk magazine Impiana, eh suka lebih-lebih.
3. Dewatta Arjuna yang sudah gemuk bermain dengan Linda Ong.
6. Maxis Broadband anda pertama kali dalam dua bulan, menunjukkan lampu warna biru, selama ini di Segamat hanya berlampu hijau (Segamat>Segar Amat>Kehijauan>Kedamaian etc).
7. BILIK ANDA YANG ANDA TINGGAL SEPERTI TONGKANG PECAH TELAH KEMAS DAN CADAR KATIL SANGAT TEGANG SEHINGGA BALING RM0.50 BOLEH MELANTUN (metafora/hiperbola), TERIMA KASIH BAPA.
8. Bapa juga meletak dua ketul patung Patrick Star yang menyambut kepulangan saya dengan senyuman, ceh padahal memang kilang jahit bibir Patrick senyum, saja je nak describe semua macam best heavenly T_T
9. Ibu membuat chocolate chip dan moist chocolate cake dan asam pedas ikan pari sila cemburui. Ibu pula menyuruh saya membuat sambal belacan yang dia rindui.
10. STOK AIS KRIM MALAYSIA PENUH DALAM FRIDGE. Saya ketagih Green Apple punya perisa tsk. Setiap jam makan. Kalau dalam satu jam, walaupun dah makan, tapi nampak bapa makan, mesti makan juga.
11. Basuh karpet Ikea (kegunaan UiTM) guna mesin basuh, Shika are you proud of me now :')
12. Menambah steps kepada Tarian Flo Rida adik-adik.
Anda tahu dan pasti rumah manis rumah itu memang rumah anda apabila...
1. Tidur anda diganggu seawal-awalnya dengan adik-adik yang teruja ingin salam peluk cium T_T.
2. Kakak Liana memberitahu bahawa bapa mengemas bilik Hanis Zalikha kerana ADA URA-URA PENGAMBILAN MAID DAN TIADA BILIK EXTRA DI RUMAH, TAKKAN NAK TEMPATKAN MAID DI BILIK TETAMU YANG SENTIASA ADA TETAMU T_T
Bapa, I love you, nevertheless.

No comments:
Post a Comment