
1 message received:
A’kum puan. Maaf ye saya nak buat sikit teguran. Saya terpanggil untuk menegur kerana saya rasa ianya amat perlu sangat. Saya teruja melihat puan berniaga kecil-kecilan di hadapan sekolah. Rajinnya puan menambah pendapatan sampingan. Tapi apa yang saya tidak puas hati, puan menjual dengan harga yang kadang-kadang tidak masuk akal. Ais krim buatan sendiri itu pun puan jual dengan harga 60sen bagi saya ianya melampau untuk anak-anak yang masih tidak tahu nilai wang. Berpada-padalah kalau nak meniaga. Jangan ambil kesempatan pada anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Maaf puan atas teguran saya ini, saya mewakili ibu bapa yang lain untuk meluahkan ini. Kami tak boleh nak sekat kemahuan anak kadang-kadang, kerana ada kalanya anak-anak bertindak membeli dulu sebelum bertanya. Sekali lagi maaf ya.
Replied by mama:
Salam, orang tak bernama atas susah payah anda mendapatkan no tel saya. Saya jual dengan harga berpatutan kerana Ais Krim Malaysia yang saya buat bukan cuma gula dan pewarna yang berlebihan seperti yang rumah berdekatan sekolah itu jual, 30sen. Ais Krim berkualiti dan enak kerana saya menjaga kebersihan, menggunakan air masak, susu segar, coffeemate, yoghurt, ais soda F&N, jus buah dan bukan gula tiruan. Bukan darjah 1 saja yang suka sangat Ais Krim saya, malah darjah 6 dan para ibu bapa (yang reti menilai duit) juga sukakannya. Jangan risau, nanti saya sediakan juga ais krim yang berharga 30sen. Saya harap perempuan Melayu yang ada suntikan dan sijil kebersihan pengendalian makanan ini, berbanding indon-indon bermotor yang kotor dapat mencari rezeki halal dengan aman.
End.
What do you think? Seriously?
Mama dengan adik-adik Hanis memang gemar menjual makanan yang sedap-sedap dan paling penting, berkualiti. Dari dulu kami paling benci orang yang tak jaga kualiti makanan. Sebab itu dulu, masa Hanis meniaga dadih pun, tak pernah campur susu dengan air, hanya susu segar semata-mata. Tapi mama memang ada cerita yang Ais Krim yang mama dengan budak-budak jual laku sangat, mulanya dijual 70sen, kemudian mama turunkan jadi 60sen mengenangkan budak-budak sekolah yang nak beli, walaupun tidak berapa nak untung kalau diikutkan bahan-bahan yang digunakan. Yelah, Ais Krim milo itu, bukan milo semata-mata, mama campur sekali coffemate, koko ngan susu segar supaya enak lemak berkrim. Ais Krim epal pula, mama guna epal hijau dan yoghurt, sampai budak-budak pun komen macam minum youghurt drink epal. Ada tuh datang-datang mintak, aunty nak ice blended, sebab rasa Ais Krim itu macam ice-blended. (Budak yang kata ice-blended ni sumpah comel)
Tapi biasalah, orang Melayu, mana boleh tengok orang lain senang (SENANG KE MENIAGA TEPI JALAN? KAU CUBA BUAT) sikit. Siap susah payah cari nombor talipon mama nak ‘menegur’ padahal teguran berbaur dengki je yang saya kesan. Kalau benarlah dia nak tegur, SILA BUAT RESEARCH DAHULU, BELILAH SEBATANG DAN RASA SENDIRI BAHAN APA YANG DIGUNAKAN. Kalau kau tak puas hati dengan indon jual, ada ke kau susah payah nak cari nombor talipon diorang? Takdekan? Sebab biarlah, indon je pun, indon pun nak maju dekat negara kita. Jangan bangsa sendiri yang maju, tergugat you.
Lagi satu Hanis tak paham, dia kata Ais Krim buatan sendiri tu pun akak nak jual mahal. Hello, kalau kau malas nak masak rendang untuk raya (malas atau tak reti lah), kau order rendang homemade dan kau beli rendang readymade dalam tupperware kat Giant, mana kau rasa lagi murah? Benda homemade memanglah value lagi tinggi, yang buat pun chef, segar lagi, setiap hari jual, setiap hari habis licin, terpaksa buat baru di malam harinya. Cara dia ngadu kononnya, membela nasib anak-anak kecillah yang tak reti nilai wang. Okay, kalau macam itu, mama pun dah sediakan solution untuk dia ni, mama akan sediakan Ais Krim gula berpewarna merah biru hijau (pilih kak pilih) untuk anak dia seorang. 20 SEN PUN BOLEH. TAKYAH BAYAR PUN TAKPE. Haha.
Lawak pula bila saya piker balik. Melayu.. Melayu. Patutlah dekat Chow Kit tuh, yang meniaga semua orang asing, sebab memang takkan ada orang nak kacau pun. Melayu punya musuh, adalah Melayu sendiri. Fikirkan.
Eh kejap, macam best lah sms dia ngan mama. Ni yang nak ngomel satu-satu ini haha.
A’kum puan.
(takde sape bagitau dia ke, tableh guna ‘akum’, mesti takde ym dia ni)
Maaf ye saya nak buat sikit teguran. (tegur je, takyah minta maaf, nampak sangat dia sedar apa yang dia buat tuh salah sebab atas dasar dengki)
Saya terpanggil untuk menegur kerana saya rasa ianya amat perlu sangat. Saya teruja melihat puan berniaga kecil-kecilan di hadapan sekolah.
(teruja kan? Ada orang Melayu yang meniaga laku)
Rajinnya puan menambah pendapatan sampingan.
(mak saya memang rajin cari rezeki halal)
Tapi apa yang saya tidak puas hati, puan menjual dengan harga yang kadang-kadang tidak masuk akal. (60sen tidak masuk akal woh. Ais krim cone yang indon itu pegang dengan bare hands itu pun seringgit satu, blegh)
Ais krim buatan sendiri itu pun puan jual dengan harga 60sen bagi saya ianya melampau untuk anak-anak yang masih tidak tahu nilai wang.
(kalau orang dewasa tak excited nak beli sekali mungkin sahih jugak lah tuduhan kau ni)
Berpada-padalah kalau nak meniaga.
(maksud tersirat: kenapa anda meniaga begitu laku sehingga tak perlu tunggu lebih dari 20minit??)
Jangan ambil kesempatan pada anak-anak yang tidak mengerti apa-apa. Maaf puan atas teguran saya ini, saya mewakili ibu bapa yang lain untuk meluahkan ini. (ibu bapa yang lain? Ibu bapa Melayu yang lain atau kau sorang je sebenarnya?)
Kami tak boleh nak sekat kemahuan anak kadang-kadang, kerana ada kalanya anak-anak bertindak membeli dulu sebelum bertanya.
(asal? Orang lain kau boleh tegur, anak sendiri kau tak boleh tegur ke? Haha lemah)
Sekali lagi maaf ya.
(okay lah maafkan lah. Dah agak dah sebenarnya semua ini akan terjadi, kami berniaga tepi jalan bukan baru sebulan beb. Setiap kali kami cari rezeki halal tepi jalan, sure yang datang kacau orang sebangsa, anda dimaafkan kerana dibesarkan dengan pemikiran sedemikian rupa. Okay maaf zahir batin, 0-0)
Okay sekarang sms balasan oleh emak pula.
Salam, orang tak bernama atas susah payah anda mendapatkan no tel saya. Saya jual dengan harga berpatutan kerana Ais Krim Malaysia yang saya buat bukan cuma gula dan pewarna yang berlebihan seperti yang rumah berdekatan sekolah itu jual, 30sen. Ais Krim berkualiti dan enak kerana saya menjaga kebersihan, menggunakan air masak, susu segar, coffeemate, yoghurt, ais soda F&N, jus buah dan bukan gula tiruan. Bukan darjah 1 saja yang suka sangat Ais Krim saya, malah darjah 6 dan para ibu bapa (yang reti menilai duit) juga sukakannya. Jangan risau, nanti saya sediakan juga ais krim yang berharga 30sen. Saya harap perempuan Melayu yang ada suntikan dan sijil kebersihan pengendalian makanan ini, berbanding indon-indon bermotor yang kotor dapat mencari rezeki halal dengan aman. (MAMA YOU ROCK!)
OhSoRandom: Kalau dia tahu mama sebenarnya kacuk Indon, dia nak tegur juga tak? Haha.
P/s: Adik-adik ku, bertahan di sana :') Youre doing great!
No comments:
Post a Comment