Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Friday, 13 February 2009

Pilihan Pemakaian Jururawat/Misi




Kasut amat penting dalam kehidupan seharian kita. Haha yang sengaja nak start boring macam karangan contoh UPSR ni kenapa. Mari teruskan. Sebelum keluarga meninggalkan saya sendirian di UiTM Segamat, kami ke bandar nan indahnya untuk membeli belah. Saya pun membeli kasut flat berwarna cream yang berharga RM16. Ya bila guna duit sendiri kasut pun hanya RM16 yang saya pilih. CUBA KALAU BAPA YANG NAK BELIKAN MESTI PILIH JENAMA LAKOSTE ATAU BURBERRIE ATAU COUCH. Haha cikai juga. Okay maka pastilah tidak tahan lama, maka hanya pakai sebulan.

Teringat lagi masa roommate tercinta menyatakan rasa jengkel terhadap rupa kasut ku dengan cara baik seperti "Hanis, kenapa kasut Hanis agak.. usang?" Usang itu pun dah kira word paling baik dah yang dia boleh guna. Terima kasih atas usaha anda mencari alternatif kepada perkataan lunyai, gombal dan gonjeng *tepuk belakang roommate*.

Pencarian kasut di Bandar Segamat pun bermula! Ditemani Syakira sebagai bonzer kegemaran, Hanis cari atas bawah dan terjumpa sebuah kedai kasut comel dimiliki seorang nyonya Cina.

Pelbagai jenis kasut dijumpai namun tiada yang menarik hati, yang menarik budget memang banyak. Maksud menarik budget adalah mahal. Okay asal semangat terangkan.



Sepatu Gladiator yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu. Siapa nak kirim boleh, RM45.00 sepasang. Sila tulis nama, saiz kasut dan hobi di borang J.


Bila sudah tiada pilihan, terpaksa menjenguk-jenguk di ruangan stok 1997 *cipta*.

Kasut ini macam hanya sesuai untuk orang yang tidak makan malam, selalu plan nak jogging petang Sabtu tapi tak jadi, kedekut bedak sejuk dan suka lagu-lagu Sixth Sense.



SO AKHIRNYA BELI KASUT RM20.00 YANG SANGAT SUCI MULUS *excited nak tunjuk*



Excited gila kot, siap curi karpet roommate (dari tadi panggil roommate je taknak panggil Shika bahaha) untuk dijadikan background.


Berjenama Linda! Linda Onn pasti bangga :'). Tun Hussein Onn bangga sekali tak? Jaafar Onn? Zaiton Sameon??!


Macam kaki manequein kan?


Budak-budak kelas semua excited sekali masa first day I pakai kasut ini :') Ia berjaya melakukan grand entrance. Bagus Linda.


Perihal Linda:
1. Putih mulus susah nak jaga.
2. Mungkin kasut bertuah sebab dapat masuk final Public Speaking dan disebut berulang kali oleh Tuan Haji Ros Hasri tentang Span of Management's presentation kami (Hanis dan Ramizah Ramli) yang menurutnya, up to expectation dan dapat markah lebih dari yang lain :')
3. Sebab ia bertuah dan ada 'ong', mungkin tidak keterlaluan untuk menggelarnya Linda Ong.




Kakak Jual Nasi Ayam mesti kecewa I tak beli kasut ini.





OhSoRandom: Gombal adalah kain buruk dalam bahasa Jawa. See? I belajar for you :)



No comments:

Post a Comment