Mama ngan daddy kadang-kadang comel sangat. Sebab benda kecik pun sengaja nak tegakkan sampai ke akhirnya. Kalau mama cepat mengalah, atau daddy ambil keputusan untuk mengalah, tak seronok sangat. Kalau dua-dua nak jadi yang terakhir cakap, memang lawak. Tapi intro di atas takde kena-mengena sangat dengan peristiwa ini.
Kakak Liana dan kawan-kawan beliau tengah semangat-semangat pasang caller ringtone lagu raya. Bila diorang dah pasang diorang sibuk-sibuk OKAY KAU CUBA CALL AKU SEKARANG. So mama tengok, mama pun nak join in the fun lah kira. Dia pun cari caller ringtone apa dia nak letak. Bukan itu sahaja, dia nak satu keluarga letak caller ringtone berasingan setiap seorang. Haha.
Apa yang berlaku adalah, mama pun nak letak caller ringtone kat daddy punya talipon bimbit. So dia letak lagu Musafir Di Aidilfitri. Lagu tersebut, seperti yang kita kenali, memang best. Tapi maxis punya version gila akustik mendayu-dayu lawak nak mamp. Sayu habes ar kira. So kawan-kawan daddy semua sakat-sakat daddy “Apa hang raya-raya sayu ni?”
Mama: Dear, you dah dengar dah caller ringtone yang I letak untuk you?
Daddy: Ha dah. Apa sedih sangat lagu tuh?
Mama: Mana ada sedih.
Daddy: Nah dengar *beri talipon bimbit kepada mama*.
Mama: Eh… er… *tersedar tapi control muka muslimah*
Daddy: Kawan-kawan I dok “awat hang sayu-sayu raya ni?”. You tukar lah, dear.
Mama: Hish okay lah tuh. You nak lagu apa??
Daddy: Bagi lah lagu meriah-meriah sikit. Ceria-ceria. Lagu tuh ha, lagu ape tuh *sambil hum lagu Selamat Pengantin Baru*
Mama: *Sambil cubit bapa* Apa lagu tuh pulak?!
Daddy: Eh tu bukan lagu raya ke?
Haha kesayangan gila mereka ini.

No comments:
Post a Comment