Get paid To Promote at any Location

Blog $ 100 Miliyar

Monday, 16 February 2009

Maaf, untuk jadi teman sebilik saya, anda harus seksi

Saya sepatutnya sedang menelaah untuk kertas Management malam ini. Tetapi mengapa pula saya sedang secara senyap menggunakan laptop (dan hotspot!) Shika ketika dia tidur? Hehe jangan risau, saya bukannya pencori, secara senyap bermaksud menggunakan laptop dengan sopan santun dan tidak menghidupkan radio yang telah disimpan di tempat rahsia kerana tidak memiliki sticker elektrik setelah mendengar ura-ura spot check oleh UPK.

Ingat tak dulu ketika saya seminggu tidak ada teman sebilik dan terpaksa tidur memeluk yassin? BUKAN LELAKI BERNAMA YASSIN YANG HANDSOME DAN WANGI YA TETAPI BUKU YASSIN YANG DIHARAP DAPAT MELINDUNGI DARI GANGGUAN BEKALAN AIR. Eh eh. Gangguan makhluk menyerupai perempuan yang bertenggek dihujung katil. Ha masa itu saya dah sayu dah kenapa tiada roomate? Tiada siapa nak sebilik dengan saya kah? Tapi saya dah bawa karpet Ikea untuk kita bersama menjamu selera di atas nyaaa T_T

Turns out, budak yang sepatutnya sebilik dengan saya, tukar bilik untuk bilik dengan kawan dia. Meaning memang tak sempat bertemu pun. Tiada jodoh. Mungkinkah dengan Yassin saya ada jodoh?? Eh eh biasa dia!

Di satu hari yang indah, ditakdirkan, kawan Ain Senior (panggil dia Ain Senior sebab terlalu ramai kawan bernama Ain, maka dalam phone terpaksa save number dia sebagai Ain Sr. MAKSUDNYA AIN SENIOR EH BUKAN AIN SEMPANA RIAU *nama kolej lelaki, jenaka dalaman) datang untuk menjenguk bilik kerana dia claimed biliknya terlalu dekat dengan tiang yang monyet selalu buat pole dance pagi-pagi. Katanya lagi, Ain Sr yang syorkan bilik ini kerana TELAH MENJADI BUALAN RAMAI PIHAK BARANGKALI ATAS KESUNYIAN HANIS ZALIKHA (cheh padahal dia yang pergi daftarkan diri dekat ruangan sahabat pena Komik Kawan) tsk T_T

Akhirnya doa ku setiap malam untuk dikurniakan teman menjamu selera atas karpet Ikea bersama dimakbulkan. Bermula Adventure Hanis and Roommate The Movie. Soalan pertama yang saya tanya "Shika bawa iron tak?". Haha hampa seh dua-dua takde iron rupanya, lepas itu tiba-tiba Ain Sr dan Kak Sha dengan baiknya memberi iron (seterika, bukan zat besi) kepada kami sebab mereka claimed roommate mereka dah ada iron. Last-last sekarang ada sorang satu. Haha tapi dah pulang ah, guna satu je. Haloba gila nak dua-dua pastu taknak bayar sticker.

Ingat lagi masa first-first jumpa dengan Shika, comel nak mampus. Dah lah lawa muka kacuk Melayu India. First time jumpa dia dah cakap, "We're gonna have so much fun!". Ingat dia bawa lava lamp ke kerusi urut ke apa, rupanya sebab personaliti dia yang fun dan keserasian kami.

Dah lah dia ni suka gelak dan gelaknya sangat comel macam anak kecil, pastu gedik suka panggil saya Nanis bajet macam anak saudara yang pelat dan selalu makan cokelat comot. Yang paling penting untuk jadi roommate terhebat, adalah seksi, eh eh salah, pemurah. Tapi seksi pun kena. Serious setiap kali ada orang ketuk pintu bilik jual makanan mesti Shika nak belikan. Dadih cokelat lah, sausages lah. TAPI YANG KETUK PINTU JUAL TSHIRT TAK PERNAH BELANJA LAGI, SILA CONSIDER INI SHIKA I KNOW YOURE READING THIS. Haha gurau garau.

Hanis rindu sangat mama, tapi terpaksa saving-saving call sekali-sekala. Mama pun busy sangat dan penat, so Hanis taknak merengek-rengek cerita benda remeh. Banyak benda nak cerita kat mama, instead cerita kat Shika. Sebab best sangat cerita perkara sehari-hari dekat dia. Sebab dia dengar betul-betul dan ingat dan respon dengan best! Tapi paling penting dia ingat. Tak payah penat nak describe balik siapa yang mana dan apa yang dia buat heh. Tapi tak tak, still tak sebest mama jangan risau mama (padahal dia yang risau mama dah taknak call). Haha.

Shika.. Shika.. kalau saya lelaki, saya dah rampas awak
dari kekasih awak dengan cara memberi kek cokelat buatan emak (kelemahan Shika!). Hint kepada boyfriend Shika yang saya selalu nampak gambarnya di dekstop (dulu lah, sekarang wallpaper Shika sumpah merapu ada gambar dengan sari kata And Ive been waiting for him for a long time): Belilah kek cokelat buatan emak saya bila birthday Shika. Nescaya awak dapat bertunang dengan dia.

Ingat lagi masa kami sama-sama membasuh baju di tengahari yang terik. Sungguh menyeronokkan (ada cerita tidak menyeronokkan di sebalik My First Time With The Self Service Washing Machine, but itu untuk hari lain ya?) kerana saya masih ingat setiap detik yang kami lalui. Ceh dah sebab berlaku semalam memang ah masih ingat. Dah ah siap bergambar.






Kalau gambar ini buat wallpaper dekstop pun lagi smart dari gambar bersari kata And Ive been waiting for him for a long time tuh.




SHIKA SAYANG! Tak, dia lagi cantik dalam kehidupan sebenar, ini dia pakai seluar busuk pastilah selekeh.





Tapi berseluar busuk-busuk pun ada hati nak panggil I apek, sebab I tucked in tshirt ke dalam seluar semata-mata nak jemur baju. Haha.


OhSoRandom: Mama kata Dewa dah besar! Next post I nak berlagak tunjuk gambar-gambar Dewa yang indah :P

No comments:

Post a Comment