Petang Selasa memang ada bazaar (ceh asal nak panggil bazaar taknak panggil pasar sekarang) dekat luar UiTM. Bazaar (ceh asal nak teruskan je panggil bazaar taknak tukar2 lagi), haha diam annoying kalau nak cerita asyik nak ceh ceh bazaar pasar. Okay apa tadi nak cerita? Ha dah lupa kejap kena tengok tajuk balik. Ha! Okay start perenggan barulah baru semangat nak cerita balik.
Saya ada sekumpulan kawan yang sangat unik. Unik bukan sebab Shifa suka kumpulan U.N.I.C, tapi sebab diorang semua sama course dan sama class, kecuali saya. Tapi sebab tarikan kimia yang kuat, kami selalu bersama. Kumpulan U.N.I.C eh eh, kumpulan ini terdiri daripada Ain SAB 117, Hawa Nafsu dan Shifa Si Pemakai beg Marc by Marc Jacob fake. Haha. Okay tak lawak.
Nak dijadikan cerita, setiap petang Selasa, kami akan ke pasar Selasa. Kami selalu pergi petang-petang sikit supaya tak ramai orang, ceh padahal nak tunggu gerai Tau Foo Fa buka baru pergi. Kami pun berjalan berkumpulan singgah menyinggah tawar menawar hidu menghidu. Eh kejap, tawar menawar pernah ke weh, beli Milo tawar pernah ah, banyak kali pula itu. Sedang control muka bajet hotstuff (NI HAWA JE EH), tiba-tiba saya terasa sandal saya dipijak lantas talinya putus seperti tali tas tangan nenek saya yang diragut putus. Bila saya baru nak sumpahseranah pandang belakang, mata silau melihat rupa-rupanya kawan sendiri yang memijak sandal ku (silau, sila teka siapa, mestilah Ain Si Pendakap Gigi). Kami pun gelak-gelak kejap sambil pikir apa nak buat. Gelak-gelak lah dulu sebab dah tatau apa nak buat, takkan tali sandal putus nak teruskan cari gerai Milo tawar, haloba gila. Maka kami pun cari tempat duduk yang terdekat, sila jangan bayangkan muka Hanis seret kaki nak pergi cari tempat duduk.
Sejurus kami terserempak gerai Nasi Ayam berkerusi, kami pun tanpa segan silu duduk di situ dan buat muka macam nak jual sekali supaya dia tak perasan ingatkan pekerja jugak. Ain yang rasa bersalah pun pikir-pikirkan solution nak selesaikan masalah ini, yelah takkan nak seret je kaki, dah lah nak pergi sampai hujung pasar, kalau boleh nak jalan sampai papan tanda susur ke UiTM Segamat 500m.
Ha sambil kitorang tengah duduk itu tiba-tiba...
Scene: Tepi gerai Nasi Ayam.
Prop: Mesin asap.
Hanis: Weh macam mana ni? Takde jual selipar ke kat pasar ni. Hish teruknya pasar ni, sandal tak jual, pelampung lagilah. Kalau aku boleh buka gerai kat sini, aku bukak Gerai Selipar Hanis.
Ain: Haha bodoh kau. Weh sorry ah beb, aku rasa bersalah sangat.
Kakak Jual Nasi Ayam: Adik, adik ni model eh?
Hanis: HA?! MODEL? APE TUH? *selalu buat bodoh macam ni, pastu tuduh orang sebelah yang model atau buat2 cari sekali, mana model mana??!*
Kakak Jual Nasi Ayam: Eleh adik ni model kan?
Hanis: Eh ye ke? Mana kakak dengar ni? Salah orang kot.
Kakak Jual Nasi Ayam: Eleh takyah lah adik, akak tau lah adik ni model. Ada orang cakap.
Hanis: MANA ORANG TUH MANA? Okay lah ngaku jelah, penatlah berlakon bodoh, dahlah dah memang bodoh jalan seret-seret.
Kakak Jual Nasi Ayam: Ha kan betul. Asal tak pakai High heels?
Kumpulan U.N.I.C: *TERGAMAM*
Haha model je kena pakai high heels lah pergi pasar? B.A.I.K.L.A.H.
OhSoRandom: Minta maaf kalau anda pernah terdengar suara garau semulajadi saya menjerit WOI. Sebab kalau nak naik bas tolak-tolak himpit-himpit sampai keropok pedas dalam beg boleh jadi sambal, saya memang kasihankan kawan kecil saya, Hawa.
No comments:
Post a Comment