Ke hadapan keluarga tercinta yang pastinya teruja ingin mengetahui perkembangan anakanda di bandar Segar Amat ini,
Ya keluargaku, bandar ini memang segar. Air showernya di waktu pagi adalah antara yang paling menyegarkan sehingga mata anakanda yang sepet ini boleh menjadi besar sejurus air shower mencecah badan. Apabila sedang tidur juga boleh tersegar dikejutkan oleh announcement kolej yang volumenya tidak mahu kalah. Announcement itu juga bukan sahaja kuat, malah diulang 2kali setiap announcement. Bagus juga, memang tidak akan tidur balik lah jika begitu, maka terus ke meja belajar untuk makan. Ya untuk makan bukan belajar. Meja anakanda agak sempit dengan cerek elektrik, bedak talkum, losyen kudis, rak file dan komputer riba jenama Hyundai yang sudah seusia dengan katil Ikea yang bapa jual kepada Uncle Zohdi. Jual atau beri, anakanda lupa. Malah kepada Uncle Zohdi atau Uncle lain pun anakanda lupa. Tapi itu tidak penting, yang penting anakanda memang bahagia menginap (pergh perkataan nak menginap je, taknak menghuni taknak bermastautin semua taknak) di sini.
Makanan di dewan makan juga enak-enak belaka. Baru semalam anakanda tahu nama dewan makan adalah Sri Selasih. Sirap selasih memang kegemaran anakanda namun tidak dijual di sini. Kenikmatan sejati adalah apabila di malam-malam sejuk, anakanda memasak air di dalam cerek elektrik untuk membancuh Milo/Vico bagi dicicah biskut Hup Seng. Anakanda memang confirm gabra bila biskut Hup Seng tiada, maka cepat-cepat beli untuk jadikan stok. Menyentuh perihal stok, anakanda memang benci subjek Account. Nasib baik lekcerernya best dan suka terangkan sebiji-sebiji. Tapi part yang kalau satu salah kena buat semua balik itu yang anakanda paling palang. Manakala kelas-kelas English adalah antara kelas yang anakanda look forward to everytime. Hanya kerana lekcerernya comel bila cerita benda yang tak penting dengan penuh ekspresi wajah dan wide range of vocab. Memang pantang dapat lekcerer yang teruja-teruja ni, anakanda pun pasti teruja bersama. Kelas Incik Ros Hasri juga merupakan salah satu kelas yang anakanda suka duduk depan. Bukan kerana anakanda selalu datang lambat maka dah takde tempat lain kecuali seat-seat depan (ini hanya kadang-kala), tapi kerana his enthusiasm in teaching. Dah lah dia ajar subject yang very close to Daddy which is Fundamentals of Management. Setiap subtopics yang ada, sure teringat Daddy Daddy Daddy. Inikah namanya rindu?
Anakanda di sini sangat menjaga perbelanjaan. Topup pun sekali sehari saja. EH EH. SALAH. Makan di luar pun sekali sehari saja. Rm4 mana cukup nak dua tiga kali kan. Unless kakak itu terlupa yang saya dah guna RM4 pada waktu siang :D Maka rezeki jangan ditolak woh. Even kulit muka pun tidak terjaga akibat perbelanjaan yang ketat. Hanya memakai pelembap muka dengan UV Pencerah berjenama Karisma (RM11.90/RM9.80?). Di sini disertakan gambar terbaru anakanda, kot-kot korang dah lupa macam mana muka anakanda. Dah 4hari lebih dah kita tak jumpa T_T
Ini ketika kuliah Subuh. Eh acah je. Kuliah malam, bersama rakan kelas lain, Farhana.
Ini pula close up wajah-wajah indah kami.
No comments:
Post a Comment