Haha. Kepada yang semangat call-call untuk mengetahui perkembangan, dan kepada peminat majalah Mangga, entri ini khas buat anda semua. Kelmarin bermulalah satu pengalaman baru untuk yostruli, Hanis Zalikha. Walaupun tidak pernah mahu menjadi pelakon apatah lagi mengisi ruangan cita-cita dalam buku biodata sebagai pelakon, alhamdulillah Hanis Zalikha telah selamat menjalani penggambaran di hutan tanpa di baling selipar mahupun terung oleh kera-kera dan orang-orang kampung yang turun padang untuk menonton Nabil Raja Lawak beraksi. Marilah kita ikuti perjalanan Hanis Zalikha dari Kuala Lumpur ke Temerloh, Pahang dan menyaksikan sendiri pengalaman sekali seumur hidup Hanis Zalikha sebagai pelakon. Zassss wtf.
Ini diambil ketika dalam kereta (courtesy of Uncle Iskandar), sewaktu menuju ke Temerloh. Baju yang dipakai adalah Tshirt Muay Thai berserta jacket tersayang yang dibeli di Sg. Wang yang diberi nama Sg. Wang Sayang. Semangat berjacket merah meraikan Tahun Baru Cina, ceh padahal dalam kereta sejuk.

Pertama kali melihat dengan mata kepala sendiri, berhala tinggi ini yang terletak di Batu Caves. Masih dalam perjalanan ya rakan-rakan. EH ASAL NADA AKU DAH TAK MACAM MELODI.
Setibanya di Temerloh, mula menangkap gambar seperti pelancong. Ini salah satu daripadanya.
Kemudian straight pergi ke Sri Malaysia untuk check in dan rehat-rehat. Setelah bergolek-golek di atas katil bersama ibu yang redha sahaja di sebelah, mula mandi dan siap-siap nak hafal skrip. YA BARU NAK HAFAL.
Mungkinkah muka ku menghafal Periodic Table suatu ketika dahulu seayu ini? KAHKAHKAH.
KAU INGAT COMEL AH MUKA TAK HAFAL SKRIP KAU?!
Jam menunjukkan sudah tiba masa untuk tidur. Jarum panjangnya di nombor dua belas dan jarum pendeknya di nombor sepuluh. Maka Hanis dibuai mimpi indah yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerjanya di Temerloh. Esok pagi-pagi lagi kami diarah ke base camp di kampung isteri director dan breakfast nasi lemak Mak Tam yang terhebat di alaf ini. Dari situ terus ke lokasi pertama.
Rambut sejurus membuka topi memang loser. Memakai Sg.Wang Sayang kerana bakal ke kaki gunung.



Setelah selesai scene-scene tanpa diriku, dahku pun bersiap sedia untuk mengambil tempat di dalam hutan
Sedang memasang mic agar tidak perlu terjerit-jerit hingga terkeluar suara garau semulajadiku.
Dengan hanya satu take, director sudah kata "CUT, OKAY NEXT SCENE". Serious shit me and Nabil were like APAKAH?? ITU SAHAJA?? TAKNAK BUAT SEPULUH KALI LAGI?? I hated it. Benci sial dah lah first scene ever in my first film ever.
Tapi kami akur walaupun dalam hati mahu menyuarakan "Ala Uncle Jamil buat lah lagi sekali kot-kot yang tadi tak cukup perfect ka, kot-kot jambul Hanis out of place ka, suara garau semulajadi terkeluar ka". Tsk. Maka ke next scene lah kami seterusnya. Which is Rumah bunian!
Ke mana-mana sahaja yang Nabil pergi, pasti orang kampung turun padang bawa kamera, kipas, tikar dan kerepek. Serious. DI KETIGA-TIGA LOKASI. Hanis yang tidak famous ini pun membawa diri ke tepi sungai eh eh haha wtf.
Tapi ada few groups budak kecil, gadis desa dan lelaki yang ingat dirinya lebih muda, yang comel yang nak juga tangkap gambar dan ambil tandatangan tetapi tidak tahu nama maka "Kakak, boleh tak, nak tangkap gambar dengan kakak." Haha.
Sewaktu menghafal dialog bersama sering di interupt untuk bergambar. Tahukah anda, Ahmad Nabil b. Ahmad adalah orang yang sangat bertenaga dan hyper? Walaupun dia bertolak dari KL pukul 4 pagi dan tiba pukul 6 pagi, mulutnya dari lokasi pertama hingga yang terakhir tidak berhenti-henti melawak. Gila lah mamat ni.
Rolling in 5.
Saya ingin menyatakan hasrat untuk meminta maaf kepada Farhana dan Sit kerana tidak sempat mendapatkan tandatangan Nabil disebabkan jadual kami yang ketat. Mahu tanya makanan favourite dia lagilah tidak sempat. Maka dengan ini, seperti yang aku janjikan, nah gambar Nabil tidak berbaju.
Lokasi seterusnya ialah Gunung Senyum yang BOLEH TAHAN JAUHNYA.

Tengok bila muka saya dah penat macam haram, mamat ini masih hyper. TENGOK TENGOK. Dengan dia ni, memang gelak je sepanjang-panjang penggambaran. Nasib baik agak fokus.
I heart Farah Nadia!
Bergambar dengan anak Uncle Jamil, sebelum bergambar saya arahkan mereka buat ekspresi senyum penat. Tapi kenapa mereka buat ekspresi ngongong-punya-kakak-orang-penat-dia-nak-suruh-tangkap-gambar-buat-senyum-penat-ah-ape-jadah-ah.
Pengalaman ini takkan saya lupakan sampai bila-bila dan akan tersemat di dalam hati saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, M.Jamil, Uncle Iskandar, bapaku, ibuku, orang-orang kampung yang bergambar denganku, crew-crew production yang ramah-tamah dan caring-caring belaka.

Salam sayang dari kami. Kita kembali ke Angkasapuri.
No comments:
Post a Comment